Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 13, 2022 @ 3:20pm

Untung Bersih Lebih RM60,000 Jual Air Balang Bulan Ramadan, Syahmi Sazli Kongsi Amalan – “Pertama, Selalu Berzikir, Kemudian..”

Pengarah filem Mael Totey The Movie (MTTM), dan YouTuber terkenal, Syahmi Sazli mengambil peluang berniaga ketiza bulan Ramadan lalu dengan menjual air balang di hadapan pejabatnya terletak di Kubang Kerian, Kelantan.

Malah, perniagaanya itu menjadi tular dan ‘diserbu’ oleh orang ramai yang gigih beratur panjang untuk membeli.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, Syahmi Sazli mendedahkan dia menerima untung bersih sebanyak RM60,000.

Susulan itu, Syahmi turut berkongsi amalan-amalan yang dilakukannya sehingga mampu meraih jumlah sebanyak itu di hantaran yang sama.

“Alhamdulillah, selama tiga minggu dalam bulan puasa lalu pulangan bersih untuk jualan air balang Mi mencecah RM60,000 lebih.

“Mi tak nak cerita macam mana resipi air yang Mi jual tu. Yang tu boleh tengok live yang Mi duk buat air tu,” ujarnya.

Jelas Syahmi, perkongsian yang dikongsikan itu juga bertujuan untuk menjawab beberapa persoalan dan isu yang didakwa oleh segelintir netizen.

“Posting ni Mi nak jawab beberapa persoalan atau isu yg tercetus,” ujarnya.

1) “Takpelah Syahmi dah ada nama, senang lah nak jual apa-apa. Jual air kosong pun ada orang beli.”

Mi rasa tak juga. Sebelum ni Mi pernah dua kali jual baju, rugi. Jual santan pun tak jadi, rugi juga. Pernah bersama dengan isteri Mi jual foundation, pun tak jadi.

2) “Kesian dekat peniaga lain, orang tak pergi beli. Orang pergi beli kedai Syahmi”

Kalau macam tu, Shopee pun Mi kena tutup juga sebab alasan tu. Youtube pun Mi dah tak boleh buat sebab “kesian dekat Youtuber baru, takde orang nak tengok”.

Dan kalau Mi tutup kedai Mi sebab alasan di atas, siapa pula yang nak kesiankan pekerja Mi dah takde kerja dan gaji? Alhamdulillah, Mi dapat bagi kerja dan gaji kepada 23 orang pekerja air balang Mi bulan puasa lalu. Diorang terdiri dari anak beranak Mi dan orang kampung Mi.

3) “Apa amalan Mi murah rezeki macam ni?”

Pertama sekali, Mi tidaklah sebaik apa yang orang sangkakan. Tak ada beza dengan pemuda di luar sana malah mungkin mereka jauh lebih baik. Tapi bolehlah Mi nak bagi tip sikit apa yang Mi tahu.

Berikut merupakan amalan-amalan yang dilakukan oleh Syahmi untuk dimurahkan rezeki:

Justeru, ini tip yang diberikan Syahmi untuk memohon murah rezeki menerusi hantaran tersebut:

1. Kemungkinan rezeki tersekat disebabkan dosa-dosa kita. Jadi, cari cara macam mana nak hapuskan dosa.

Pertama, selalu amalkan istighfar. Antara kelebihan istighfar;

“Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, Sungguh, Dia Maha Pengampun, niscaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.” (Surah Nuh 10-12)

“Barang siapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya ALLAH akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” -(Sahih, Riwayat Ahmad)

Cara diampunkan dosa dengan berzikir;

Zikir 1:

Zikir selepas solat.

“Sesiapa yang di akhir setiap solat bertasbih (subhanallah) kepada ALLAH 33 kali, bertahmid (alhamdulillah) kepada ALLAH 33 kali, dan bertakbir (allahuakbar) kepada ALLAH 33 kali yang mana jumlah seluruhnya menjadi 99 kali, dan dia menambahnya menjadi 100 dengan mengucapkan:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Maka diampunilah kesalahan-kesalahannya walaupun seperti buih-buih di lautan.” (Shahih Muslim, no. 597)

Zikir 2:

“Barangsiapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekali pun dosanya itu sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)

2. Selain tu banyakkan doa. Cari waktu mustajab doa antaranya ketika sujud. Tidak hanya sujud terakhir saja, setiap sujud mana-mana boleh.

“Tempat yang paling dekat bagi seorang hamba kepada Rabb-nya adalah sewaktu ia dalam keadaan bersujud. Karana itu perbanyaklah kalian berdoa” (H.R Muslim dan Abu Daud).

Sumber: Facebook Syahmi Sazli

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 29 Aug 2021

Varian Delta: Risiko Kemasukan Ke Hospital Dua Kali Ganda Berbanding Varian Lain

Penularan COVID-19 semakin berbahaya apabila varian Delta didakwa mempunyai dua kali ganda risiko jangkitan untuk dimasukkan ke hospital berbanding varian lain seperti Alpha. Menurut kajian yang diterbitkan The Lancet, pakar menyatakan betapa pentingnya untuk mendapatkan […]

TECH Mon, 22 Oct 2018

Buangkan Virus “Pop-up” Pada Chrome

Cara untuk anda “Reset” kembali pelayar Chrome pada PC untuk menghapuskan segala Malware yang “melekat” ketika melayari internet sebelumnya.

Hiburan Sat, 13 Oct 2018

Kaya Tapi Tak Bayar Hutang, Ronan Keating Perli Siapa?

Hero filem Titanic, Leonardo DiCaprio dilaporkan berhutang? Uish… macam tak percaya juga kan bila selebriti kelas A pernah pinjam duit orang lain. Perkara ini didedahkan sendiri oleh anggota kumpulan Boyzone, Ronan Keating yang mendakwa Leonardo […]

Trending Fri, 14 Feb 2020
Events Thu, 31 May 2018

Kempen Terima Kasih Rangkaian Televisyen Media Prima: 5 Acara Padang Paling ‘Awesome’!

uat anda yang tidak mahu melepaskan peluang menyertai pelbagai aktiviti menarik bersama para duta kempen, xtra senaraikan 5 Acara Padang Paling ‘Awesome’ sepanjang Ramadan dan Syawal kali ini!

Hiburan Mon, 23 Apr 2018

Kenapa Neelofa Dilabel Artis Kampung?

Nama yang semakin gah di persada antarabangsa ini kelihatan tak ubah seperti gadis kampung yang lembut dan manis.

Hiburan Tue, 7 May 2019

Darah Keluar Dari Mulut Tanpa Henti, Nonny Nadirah Mohon Doa Peminat

Doakan Nonny sembuh & mohon tiada apa yang serius berlaku!

Trending Wed, 11 Jul 2018

Man Attacked by Acid at Jalan Raja Chulan

Here’s a tip on what to do when attacked by acid.