Hiburan By: Padin October 21, 2021 @ 3:30pm

Urban Method Tampil Dengan Domo Arigato

Kumpulan hip hop Urban Method tampil membuat kemunculan semula bersama sebuah lagu baharu yang berjudul Domo Arigato.

Lagu yang diberi judul dalam bahasa Jepun itu bukan sahaja sebagai buah tangan Urban Method selepas sekian menyepi, malah intipatinya juga menceritakan kenangan manis lima sahabat bersama.

Buat generasi kini yang mungkin tidak mengenali mereka, Urban Method yang dianggotai Mahadhir Mohd Ismail, 39, Mohd Munawir Anuar, 40, Hazairi Basha Jamel Basha, 39, Muneer Khan Nazir, 37 dan Ahmad Sayuti Ibrahim, 39, sebelum ini pernah popular sekitar 2007 dengan lagu duet yang diberi nafas baharu, Wajah Rahsia Hati bersama pelakon dan penyanyi berbakat besar, Fauziah Ahmad Daud yang juga merupakan penyanyi asal lagu tersebut.

Domo Arigato yang bermaksud terima kasih didedikasikan sebagai sebuah penghargaan khas buat sahabat handai dan peminat-peminat Urban Method yang sentiasa menyokong mereka sejak awal penubuhannya sehingga ke hari ini.

Menurut mereka, idea untuk membuat kemunculan semula ini tercetus setelah ramai peminat meminta untuk mereka kembali selain mendapat sokongan daripada rakan-rakan seangkatan.

Kini, impian tersebut akhirnya terlaksana dengan Domo Arigato yang mencipta kenangannya tersendiri. Istimewanya juga, lagu ini telah mendapat sentuhan daripada penyanyi dan komposer Damian Mikhael, Alzy serta Urban Method sendiri yang turut mencipta liriknya.

“Lagu ini menceritakan mengenai reunion kami yang telah berkawan baik selama 16 tahun. Domo Arigato bukan sahaja tentang kemunculan semula Urban Method, malah ia juga mengimbau kembali tali persahabatan kami dan juga penghargaan buat peminat.

“Terima kasih, thank you mungkin dah biasa. Jadi kami memilih Domo Arigato untuk menunjukkan kelainan yang ditampilkan kali ini dan juga ekspresikan penghargaan kami buat semua,” kata Mahadhir.

Proses rakaman, suntingan dan adunan yang mengambil masa selama tiga hari telah dilakukan di Studio 360 Music Productions dan muzik video pula diarahkan oleh Kamal Ridzuan.

“Tidak lengkap sekiranya Domo Arigato dilancarkan tanpa muzik video. Di sebalik pembikinannya yang diarahkan oleh Kamal Ridzuan, ia hanya mengambil masa selama tiga hari untuk disiapkan. Cuma penerbitannya telah tertunda untuk beberapa ketika berikutan pandemik yang melanda negara,” kata Munawir pula.

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula diperkenalkan, banyak aktiviti-aktiviti seni terpaksa dihentikan, malah ada diantara mereka yang mempunyai pekerjaan sendiri turut terjejas. Namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangat untuk membuat persiapan kemunculan semula.

“Kami juga ingin berterima kasih kepada setiap ahli Urban Method sendiri. Walaupun kami dah lama berjauhan, ada pekerjaan dan keluarga sendiri namun kami punya hubungan seperti adik-beradik itu masih utuh.

“Masing-masing saling memberi sokongan dan kekuatan persahabatan kami itulah membuatkan terjadinya kemunculan semula ini,” tambah Hazairi.

Dalam pada itu, Urban Method akui terkejut dengan perubahan di dalam industri muzik tanah air. Jika dahulu, segala-galanya ditentukan menerusi penghasilan album namun kini ia berubah seiring dengan kemajuan teknologi.

“Untuk kekal dalam industri bukannya mudah apatah lagi jika dinilai dari segi populariti yang sedia maklum ada naik dan turunnya.

“Kami pun perlu mengikut peredaran masa dan kehendak para pendengar. Jadi kami bersedia sekiranya ada penyanyi-penyanyi yang sudi berkolaborasi dengan Urban Method kelak,” kata Muneer.

Biarpun begitu, mereka bersyukur kerana rakan-rakan seperjuangan seperti Damian Mikhail, Nico G dan Altimet banyak memberikan sokongan kepada mereka khususnya bagi kemunculan semula ini.

“Kami masih lagi akan kekal dengan konsep hip-hop R&B kerana itulah identiti Urban Method sebelum ini. Bermula dari ‘underground’ sehingga berjaya masuk ‘mainstream’ segalanya tidak akan terjadi tanpa sokongan dari peminat dan rakan-rakan.

“Di kesempatan ini juga, kami ingin berterima kasih kepada Nico G, Damian Mikhail dan Altimet yang banyak memberikan bantuan dan tunjuk ajar buat Urban Method muncul kembali ke persada seni tanah air,” kata Sayuti.

Lagu Domo Arigato boleh diperdengarkan melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music bermula 31 Oktober 2021. Manakala video muzik lagu Domo Arigato ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Urban Method Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 30 Dec 2017

Tidak Tanggung Dosa Lagi Jika Drama Terdahulu Masih Dimainkan

Kalau sudah bertaubat & bertudung, bolehkan drama lalu dimainkan di siaran televisyen

Featured Mon, 26 Jul 2021

“Nampak Murah, Tak Ada Bajet Ke..” – Chef Wan, Che Ta Kritik Penampilan Kontinjen Malaysia Di Olimpik

Pembukaan sukan Olimpik di Tokyo baru baru ini berjaya mencuri perhatian dunia. Tidak ketinggalan adalah kontinjen Malaysia yang turut sama muncul pada majlis pembukaan di Tokyo baru-baru ini. Namun begitu, busana yang digayakan oleh atlet

Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Hiburan Wed, 13 Apr 2022
Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Fathia Perlu Pengawal Peribadi?

Nur Fathia Latiff turut menyertakan satu notis yang dihantar kepadanya untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan. Bagaimanapun, penghantar notis, lokasi dan tarikh siasatan tidak dipaparkan.

Hiburan Tue, 25 Sep 2018

Teruja Dengan Konsert Doa Buat Kekasih, Ramli Sarip Gamit Nostalgia

Konsert Doa Buat Kekasih yang pasti mengimbau memori anda!

Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Hiburan Tue, 21 Jan 2020

Sufian Suhaimi Cari Calon Kekasih Melalui Tinder ?

Hampir dua tahun episod putus tunangnya berlalu, nampaknya Sufian Suhaimi masih solo dan tidak menemui pengganti lagi meskipun pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita cantik. Mungkin tidak tahan asyik ditanya mengenai soal jodoh, Sufian nampaknya ingin mencuba

| Live TV