Featured By: Aqilah Paharuzi March 5, 2022 @ 4:25pm

Usaha Murni Suami Mira Filzah Dipuji, Aplikasi Tarteel Beri Kemudahan Untuk Menghafaz Ayat al-Quran

Sebelum ini, ramai dalam kalangan selebriti yang mengeluarkan aplikasi digital al-Quran atau terjemahannya seperti Mizz Nina dan Neelofa.

Tidak ketinggalan, suami kepada pelakon jelita Mira Filzah, Wan Emir Astar turut menghasilkan sebuah aplikasi bacaan al-Quran pada awal Ramadan tahun lalu.

Selepas hampir setahun usaha mereka dalam menjayakan Tarteel Al Premium, kini aplikasi tersebut telah hadir dengan ciri terbaru iaitu ciri pengesanan kesalahan bacaan menggunakan fungsi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI).

Menurut Emir, ciri ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pembaca ketika menghafaz ayat-ayat al-Quran dimana perkataan yang salah atau tertinggal akan ditandakan merah.

Contohnya boleh dilihat dalam klip ini, di mana bacaan Al-Mulk dalam ‘Mod Menghafaz’ telah sengaja disalahkan bacaan untuk tujuan demo ini.

“Maka perkataan yang salah /tertinggal itu ditandakan merah untuk rujukan pembaca.

“Bacaan juga di rekod untuk rujukan semula dan ditanda jumlah kesalahan pada halaman di sebelah bawah kiri,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

Tambah Emir, Mira akan menggunakan ciri baru tersebut untuk memperbaiki hafazan dan bacaannya sendiri, sekiranya mereka tidak berkesempatan untuk bertilawah atau menghafaz bersama.

Kalau saya dan @mfmirafilzah tak sempat bertilawah / menghafaz bersama, Mira akan gunakan fitur Kesalahan Bacaan ini untuk dia perbaiki hafazan dan bacaan dia sendiri dulu, alhamdulillah,” ujarnya.

Menerjah di ruangan komen hantaran di akaun Instagram milik pasangan sejoli ini, rata-rata peminat mereka dan pengguna aplikasi Tarteel sangat teruja akan ciri terbaru itu.

Menurut komen yang ditinggalkan wargamaya, usaha Emir dan Mira sangat murni kerana mereka memberi peluang kepada orang ramai untuk mempertingkatkan lagi amalan membaca al-Quran di saat bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi.

Sementara itu, Emir berkata pembetulan tajwid sedang diusahakan dan dia memohon doa orang ramai agar urusan mereka itu dipermudahkan.

Besar harapan mereka berdua jika aplikasi tersebut dapat memberi manfaat dan ganjaran pahala kepada orang ramai.

Harapan kami untuk melihat fitur terkini ini membantu semua untuk menghafaz dan beramal dengan lebih baik, juga sebagai persediaan dalam menerima kedatangan bulan Ramadan bulan al-Quran yang mulia!” tulisnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Kantoi! Universiti Malaya Nafi Boy Iman Calon PHD

Ini kerana dalam carian sistem kami, tiada calon di bawah nama itu bagi jurusan Doktor Falsafah Pentadbiran Perniagaan di universiti kami!

Hiburan Sun, 22 May 2022

“Saya Beli Dengan Titik Peluh Sendiri” – Amar Baharin Bengang Dengan Pihak Pengurusan Rumah

Amar Baharin bengang tidak dibenarkan membuat pengambaran di rumah miliknya sendiri.

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Alhamdulillah! Pengarah Terkenal Dengan Drama Dan Kontroversi Sah Peluk Islam

“Saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan kerana ianya antara saya dan Allah”,tambahnya lagi.

Events Wed, 11 Sep 2019

郭修彧没奖项压力!戴佩妮施「马来咒」为她解愁忘忧

出身自选秀节目《我要唱好歌》的Shio郭修彧到台湾发展已有四年,日前终于带着个人第二张创作专辑《盲点》回马宣传;相较于多年前的郭修彧,这趟回马的「表现」似乎来得更为自在。

Hiburan Fri, 28 Feb 2020

[FOTO] Tahniah! Tasha Shilla Sah Bergelar Isteri Kepada Atiq Idris

Manisnya Tasha Shilla bertudung. Tahniah buat Tasha dan Atiq!

error: Content is protected !!