Hiburan By: Padin August 5, 2022 @ 7:53pm

“Usia 30 Tahun Belum Terlambat” – Langkah Pertama Bergelar Penyanyi, Aiden Daniel Gembira Dapat Sentuhan Zul 2By2

“Usia 30 tahun bukan penghalang untuk saya kembangkan bakat sebagai pennyanyi. Saya tak rasa terlambat.”

Begitulah kenyataan pendatang baharu dunia nyanyian, Aiden Daniel yang memulakan langkah pertama dalam industri seni di usia 30 tahun.

Tidak melihat usia menjadi penghalang untuk membina nama, Aiden yang tampil dengan single Sampai Masa bertuah kerana menerima didikan dan semangat daripada komposer, Zul 2By2.

Zul 2By2 atau dikenali sebagai Aiman merupakan komposer popular yang mencipta lagu-lagu hit seperti Mewangi, Bicara Manis Menghiris Kalbu, Malam Semakin Dingin, Meraung, Kau Yang Bernama Seri dan banyak lagi.

“Saya tak kisah digelar ‘budak-budak baru nak up’ (BBNU) memandangkan pembabitannya dalam industri muzik secara serius masih baru.

“Sebelum ini, saya banyak menyanyi tetapi belum berpeluang masuk industri. Saya sudah banyak kali usaha, misalnya membuat persembahan di majis-majlis tertutup, makan malam, sertai pertandingan karaoke dan sebagainya.

“Masa itu mungkin nasib belum menyebelahi saya. Kini, saya sudah jumpa orang yang betul yang boleh buka peluang untuk saya ‘masuk’ dalam dunia industri nyanyian. Pertemuan dengan Abang Zul 2By2 sangat bermakna kerana dia yang berikan peluang itu.

“Syukur, Alhamdulillah. Saya akan cuba apa yang mampu sebab memang minat menyanyi sejak dulu lagi. Saya juga percaya dengan rezeki. Soal cepat atau lambat, ia sudah disusun cantik oleh-Nya. Tinggal lagi kita yang perlu usaha,” katanya.

Mahu merebut segala peluang dalam dunia hiburan, pemilik nama sebenar Muhammad Amirul Abdul Rahim ini berharap agar single pertamanya menerima respons yang memberangsangkan.

“Saya nak rebut peluang yang ada. Saya mahu membuktikan bakat dalam industri hiburan. Perjalanan untuk saya menghasilkan single ini sangat lancar.

“Syukur Alhamdulillah, kos rakaman dan pelancaran ditanggung pihak pengurusan saya, Timur Empayar Management. Harapnya lagu ini akan mendapat maklum balas positif peminat,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 Jan 2020

Fasha Sandha Akui Fobia Berbicara Tentang Kehamilan

Semoga semuanya baik-baik sahaja!

Hiburan Tue, 26 Mar 2019

Ong Seong Wu’s First Fan Meeting in Malaysia Saw Over 4,000 Attendees

It was a fun evening for the fans and even for Ong Seong Wu himself.

Featured Mon, 14 Mar 2022

4 Tahun Menanti, Vanidah Imran Kini Graduan Ijazah Sarjana Seni Persembahan

Tahniah diucapkan kepada pelakon terkenal, Vanidah Imran kerana berjaya menggenggam graduan Sarjana Seni Persembahan (Drama) di usia 49 Tahun.

Trending Wed, 27 Feb 2019

Pelanggan gunting beg Louis Viutton gara-gara berang dengan petugas butik itu. 

Jangan pandang pelanggan berselipar tak ada duit! Awas ya!

Featured Thu, 28 Oct 2021
Featured Tue, 3 Oct 2023

Rumah Tangga Didakwa Goyah, Haqiem Rusli Pilih Berdiam Diri – “Hidup Ni Bukan Berpandukan Media Sosial”

Setuju kata Haqiem! Tak semua benda kita nak post & tunjuk kat soc med kan?

Featured Fri, 8 Sep 2023

Handal Didapur, Intan Najuwa Raih Pujian… Netizen Komen: “Semua Complete! Berbaloi Hantaran Mahal”

Pergh! Ni limited edition ni. Pandai belajar, masak, cantik pula tu👏👏👏

error: Content is protected !!