Ustaz Kazim Dilarang Berceramah Di Pulau Pinang – “Ini Adalah Pertemuan Terakhir Dengan Semua”

Pendakwah bebas popular, Datuk Mohd Kazim Elias memaklumkan dia tidak akan mengajar dan memberikan ceramah di Pulau Pinang selepas menerima arahan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) .

Menerusi perkongsian video yang tular di TikTok, Ustaz Kazim berkata, sebagai rakyat Malaysia yang patuh kepada arahan, beliau menerima keputusan berkenaan.

“Kuliah ditangguhkan sebab saya tidak dibenarkan menyampai kuliah, jadi saya ambil keputusan tidak lagi mengajar di Pulau Pinang bermula hari ini (Ahad).

“Ini adalah pertemuan terakhir dengan tuan-tuan jadi saya datang ke sini bukan untuk beri kuliah, tetapi nak sampaikan ucapan terima kasih kepada pihak masjid kerana sudi menjemput saya menyampaikan kuliah.

“Begitu juga kepada semua (pengurusan) masjid dan surau yang jemput saya selama 33 tahun menyampaikan ceramah di Pulau Pinang sehinggalah pada April lalu.

“Jadi, semua program bermula malam ini sehingga bila-bila, saya tidak lagi terima sebarang jemputan di Pulau Pinang kerana mematuhi arahan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Kazim turut menitipkan ucapan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Pejabat Mufti Pulau Pinang atas kerjasama yang dilakukan sebelum ini.

“Terima kasih kepada Majlis Agama Islam, pejabat Mufti yang memberikan tauliah kepada saya selama ini untuk mengajar.

“InshaaAllah, mungkin kita dapat ikuti kuliah lagi dalam platform yang lain,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata warganet memberikan pelbagai respons terhadap hantaran tersebut termasuklah, ada yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berwajib apabila mengambil keputusan sedemikian.

Bagaimanapun, ramai dalam kalangan warganet mendoakan agar ustaz Kazim diberikan kesihatan dan dapat meneruskan perjalanan dakwahnya selepas ini.

Salma Syahbuddin