Featured By: Maya Basir January 12, 2023 @ 8:01pm

Ustazah Asma Harun Dedah Puteri Sarah Pernah Minta Nasihat, Akui Masih Sayangkan Suami

Pendakwah bebas Ustazah Asma Harun mendedahkan pernah dihubungi Puteri Sarah Liyana untuk mendapatkan pandangan dan nasihat mengenai isu rumah tangga.

Memetik laporan mStar, Asma memberitahu Sarah mahu meminta pandangan untuk mempertahankan rumah tangga kerana mengakui masih menyayangi suaminya, Syamsul Yusof.

“Sebenarnya dah lama Puteri Sarah hubungi saya, tapi saya tak cerita. Dia hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat.

“Dia sudah berusaha di peringkat awal untuk menyelamatkan rumah tangganya.

“Dia tanya apa yang dia boleh buat. Saya ada kongsikan doa serta zikir. Dia mahu mempertahankan rumah tangga dan masih sayang kepada suami,” ujarnya.

Menurutnya, disebabkan kesibukan kerja masing-masing, mereka tiada kesempatan untuk bertemu bagi berkongsi pandangan.

“Saya mengharapkan saya dapat berjumpa dia dengan suaminya. Saya kira ada hikmah dengan apa yang berlaku sekarang. Itulah perjalanan yang telah ditakdirkan.

“Bukan dia sahaja, sebenarnya ramai artis yang berdepan masalah rumah tangga dan menghubungi saya. Saya hanya mampu mendoakan dan memberi tip apa yang boleh diusahakan,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan suami atau isteri yang menyekat nombor telefon pasangan, dia berpendapat bahawa ia suatu perkara yang tidak wajar kerana komunikasi adalah kunci utama dalam ikatan perhubungan.

“Memang tidak wajar isteri atau suami menyekat nombor pasangan. Komunikasi adalah asas rumah tangga.

“Walau tiga patah perkataan, boleh mengubah keadaan. I love you, I miss you, I need you, I ceraikan you, I bosan dengan you. Kata-kata seperti ini boleh mengubah kehidupan dan perhubungan.

“Jika diputuskan komunikasi, di mana ruang perbincangan?,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 21 Nov 2021

Naim Daniel, Haqiem Rusli, Awie Antara 10 Pertama Yang Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36

Muzik Muzik, sebuah program variasi yang memaparkan carta mingguan lagu-lagu paling popular di Malaysia bakal memulakan pusingan separuh akhir untuk edisi yang ke 36 pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022. Hari ini, Muzik

Hiburan Wed, 5 Sep 2018
Trending Fri, 14 Jan 2022

“Bukan Kontroversi Jadi Ukuran” – Penerbit & Pengarah Muda Selesa Jalin Kerjasama Dengan Alicia Amin

Biarpun pernah terpalit dengan beberapa kontroversi, nama pelakon Alicia Amin semakin mendapat perhatian ramai. Walaupun bersikap lantang dan terbuka, Alicia tetap disenangi ramai kerana sikapnya yang mudah didekati dan komitmen kerja yang diberikan. Penerbit dan

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

‘ Kesederhanaan Dia Buat Saya Selesa,’ – Fasha Sandha

Siapa kita untuk menilai orang lain? Siapa kita untuk menghukum orang lain? Allah lebih mengetahui segalanya…

Trending Sat, 14 Dec 2019

Penjawat Awam Langgar 20 Kereta Sebab Samun OKU!

Video suspek melarikan diri dengan kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru turut tular di media sosial pada Jumaat.

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Kurang 24 Jam, Video Kejutan Raisa Buat Suami Dapat Jutaan Tontonan

Menerusi video bertajuk Our Little Light itu, suaminya Hamish Daud dilihat terkejut seterusnya mengalirkan air mata selepas isterinya menunjukkan keputusan ujian kehamilan.

Hiburan Mon, 7 Oct 2019
Hiburan Wed, 24 Jan 2018

Jiwa & Hati Tenang Bila Mengenakan Tudung

Alhamdulillah bila sudah bertudung, jiwa saya rasa lebih tenang

Hiburan Thu, 3 Jan 2019
Eat Travel Wed, 25 Apr 2018

Sekali Cuba Hendak Lagi, Fradoo ABC Special Madness Bikin Pelanggan Ketagih!

Halakan perjalanan anda ke Fradoo ABC Special Madness yang terletak di Seksyen 2, Shah Alam, untuk merasai sendiri pengalaman menikmati hidangan ABC yang cukup lazat.

| Live TV