Featured By: Aqilah Paharuzi January 20, 2023 @ 9:36pm

[VIDEO] “3 Orang Hubungi Nampak Kelibat Ayah Sedang Wirid..” – Genap 38 Hari Hilang Di Tanah Suci, Anak Kongsi Perkembangan Terkini

Heboh di serata media sosial sejak bulan Disember lalu, seorang ustaz bernama Musthafa Kamal Abdullah, 49, yang dilaporkan hilang ketika mengerjakan umrah bersama anaknya, Muaz, 17.

Difahamkan anak-beranak ini berangkat ke tanah suci pada 6 Disember dan dijadualkan untuk pulang ke Malaysia pada 18 Disember. Namun, Musthafa dilaporkan hilang pada 12 Disember 2022 selepas anaknya menyedari bapanya tiada di bilik hotel di Makkah.

Berdasarkan sebuah temubual di program Malaysia Hari Ini pada Khamis, anaknya, Muhammad Nabel, 26 tampil berkongsi perkembangan terkini misteri kehilangan bapanya itu.

“Alhamdulillah, syukur. Untuk makluman semua, Insya-Allah esok saya akan pergi menunaikan umrah bersama adik mengikut travel agency.

“Setakat ini kami menerima beberapa petanda ataupun respons yang agak positif. Lebih kurang tiga orang yang menghubungi saya beritahu sudah terjumpa kelibat ayah di Makkah,” katanya.

Menerusi temubual berkenaan, Nabel turut berkongsi sebuah video yang dirakamkan oleh jemaah umrah di sana menunjukkan kelibat bapanya.

Ketika disoal oleh pengacara, Nazruddin, mengapa jemaah berkenaan tidak menegur individu yang didakwa bapanya itu, Nabel menjelaskan ketika itu bapanya tidak memberi sebarang respons.

“Ada salah seorang individu berhubung dengan saya minggu lepas mengatakan dia berjumpa ayah saya di sana. Katanya ayah saya sudah tidak berihram dan sudah memakai selipar. Alhamdulillah, dia pakai baju cerah dan bertompok dan berseluar.

“Individu berkenaan jumpa ayah saya di tepi tandas dalam keadaan sedang berwirid. Dia turut menegur ayah saya tetapi ayah tidak memberi sebarang respons,” tambahnya.

Dalam pada itu, Nabel turut berkongsi maklumat daripada individu lain yang mendakwa telah berjumpa bapanya di tempat yang sama di tepi tandas seperti tertera dalam video berkenaan.

“Ada seorang makcik, empat hari lepas pun sama dia memaklumkan jumpa ayah saya di tepi tandas dalam keadaan penat dan berbaring,” ujarnya.

Berkongsi mengenai perbincangan saat tiba di tanah suci, Nabel berkata mereka akan mencari di kawasan dalam video tersebut serta di luar kawasan bersama rakan-rakan ayah dan juga mutawwif.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 26 Apr 2018

Baru Beli Komputer? Baca 6 Panduan Ini Untuk Setiap Port & Adapter Yang Ada

Panduan untuk tentang Port & Adapter di setiap komputer riba atau lebih dikenali ‘laptop’

Hiburan Wed, 29 Jan 2020

Naim Daniel Dapatkan Sentuhan Man Kidal Dalam ‘Sembah’

Naim sentiasa persembahkan yang terbaik buat peminatnya.

Hiburan Tue, 5 Jun 2018

Rosmah Mansor Hadir Di SPRM Pagi Ini

Beliau tiba dengan menaiki kereta Mercedes Benz berwarna perak dengan nombor pendaftaran WQF11 bersama dengan anak perempuannya, Nooryana Najwa dan menantu Daniyar Kessikbayev.

Featured Sat, 12 Aug 2023
Trending Wed, 14 Mar 2018

Mia Ahmad Mohon Maaf, Umumkan Dirinya Sedang Hamil. Wah, Tahniah!

Impian pelakon cantik manis Mia Ahmad untuk memiliki cahaya mata bakal tercapai apabila dia mengumumkan bahawa dirinya sedang hamil. Mia yang mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan pada awal tahun lalu telah mengumumkan berita gembira itu di laman Instagramnya.

Hiburan Fri, 2 Mar 2018

Musicpreneur欢庆一周年 各大金牌导师现身力挺

自去年12月开始装修的Musicpreneur ,在经过两个多月漫长的装修工程,日前在「金牌导师」黄良田和周金亮,以及国际艺人 Vessbroz 等艺人的见证下,进行开业仪式。