[VIDEO] “Adik Selalu Doa, Dosa Papa Bagi Dekat Adik…” – Marissa Dania Mohon Ampun Pada Norman Hakim Sentuh Hati Ramai

Konflik anak pelakon, Norman Hakim iaitu Marissa Dania yang telah menjadi isteri kedua kepada jejaka bernama Aslam menjadi bualan hangat baru-baru ini.

Malah, Marissa dikatakan tidak pulang ke rumah selepas berkahwin bersama Aslam pada Disember lalu.

Terkini, Norman memuat naik paparan video bersama anak perempuannya itu bagi menyambut Aidilfitri bersama, sekaligus mempromosikan produk makanan.

Apa yang menyentuh hati adalah Norman gagal menahan sebak lebih-lebih lagi saat Marissa memohon ampun kepadanya.

“Adik minta ampun, minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki,” katanya.

Dalam hantaran sama juga, Norman berkongsi sebuah video yang selalu ditonton olehnya ketika dia merindui Marissa.

Video tersebut menunjukkan kata-kata yang ditulis oleh Marissa kepada bapanya.

“Bila papa rindu adik, papa selalu tengok video ni.

“’Adik selalu doa supaya dosa papa bagi dekat adik. Pahala adik bagi dekat papa sebab adik sayang papa’,” paparan kata Marissa yang tertera dalam kad ucapan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar Marissa tidak mengetipkan keluarganya lagi dalam apa jua keadaan.

Malah, ramai yang turut mendoakan agar hubungan bapa dan anak ini akan terus dipelihara.

Sebelum ini, nama Marissa hangat menjadi perbualan ramai di media sosial selepas heboh berita perkahwinannya bersama Aslam di Songkhla, Thailand pada 26 Disember lalu.

Lebih menyedihkan, Marissa dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan ibu bapanya, Norman dan Abby Abadi.

Bagaimanapun, konflik antara mereka sekeluarga dipercayai sudah selesai apabila Aslam dan Marissa datang beraya bersama keluarga besar Norman dan isteri, Memey Suhaiza serta Abby Abadi dan suami.

Artikel Berkaitan: Beraya Bersama Famili Besar, Marissa Dania Kongsi Foto Dengan Suami Buat Pertama Kali

Artikel Berkaitan: Tampil Mohon Maaf, Marissa Dania Akhirnya Buka Mulut Isu Kahwin Senyap Di Thailand – “Tak Larikan Diri, Ini Jalan Saya & Aslam Pilih”

Aqilah Paharuzi