[VIDEO] Aedy Ashraf Kata Amelia Henderson Garang, Ini Reaksi Tuan Badan

Pelakon, Aedy Ashraf dan aktres jelita, Amelia Henderson sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas masing-masing berbalas pendapat menerusi video siaran langsung di TikTok.

Video yang disunting oleh peminat-peminat mereka menunjukkan Aedy menggelarkan Amelia garang seperti singa.

Menerusi siaran langsung berkenaan, ada pengikutnya yang berkata aktres itu ada memberikan hadiah singa di TikTok.

ā€œAmelia bagi singa,ā€ kata individu itu.

ā€œDia dah singa dah, tak perlu bagi singa,ā€ kata Aedy dalam video berkenaan.

Dalam hantaran sama, individu yang menyunting video berkenaan turut menggabungkan video reaksi Amelia selepas Aedy memanggilnya singa.

ā€œHah, siapa cakap saya garang macam singa? Bila Aedy cakap benda tu? Garang macam singa? Me? Maybe..,ā€ katanya sambil membuat muka pelik dan hanya mampu ketawa kecil.

Menjengah ke ruangan komen video tular tersebut, ramai dalam kalangan peminat mereka meluahkan rasa rindu untuk melihat pelakon drama rantaian Kisah Cinta Kita ini bersama.

Ā 

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 400,000 tontonan, 32,000 tanda suka dan lebih 100 komen.

Aqilah Paharuzi