[VIDEO] Afifah Nasir & Adik Beradik Teruja Jumpa Paris Hilton, Siap Nyanyi Bersama – “This Is The Moment Of Glory”

Pelakon Afifah Nasir tidak melepaskan peluang untuk bertemu selebriti ternama antarabangsa, Paris Hilton di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Afifah bersama adik-beradiknya iaitu Mia, Nazirah dan Diana kelihatan sangat teruja apabila dapat bertemu dan beramah mesra dengan selebriti yang juga seorang penyanyi itu.

Lebih manis, anak anak kepada Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Prof Md Nasir Ibrahim ini turut mendendangkan lagu nyanyian Hilton berjudul Stars Are Blind.

Keterujaan tidak terhenti di situ sahaja, mereka turut merakam video bersama dan mendapatkan autograf Hilton sebagai kenangan.

Dalam pertemuan tersebut, Afifah dan adik beradiknya mengenakan busana serba hitam manakala Hilton tampil menawan dengan dress bewarna biru lembut.

Kunjungan Hilton ke Kuala Lumpur adalah sempena mempromosikan haruman terbaharunya.

“This is the moment of glory,” ujar Afifah.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut turut meluahkan rasa teruja. Malah ada juga yang memuji penampilan Paris Hilton yang tampil sopan.

Khairil Khusyairi