Aksi Mesra Bunga Citra Lestari & Ariel Curi Perhatian… Peminat Teruja, Mohon Doa Agar Berjodoh

Bagi peminat muzik dan lagu-lagu dari negara jiran, Indonesia pastinya Konsert Now Playing Festival 2022 yang diadakan di Brigif Cimahi, Bandung baru-baru ini antara yang paling dinanti-nantikan.

Selain dihadiri dengan penampilan artis-artis popular seperti, Raisa, Tulus, Rizky Febian, Bunga Citra Lestari, Noah, Yurayunita, Mahalini dan ramai lagi, konsert ini difahamkan antara yang paling besar diadakan di negara itu.

Namun, apa yang paling mencuri perhatian penonton adalah persembahan dari Bunga Citra Lestari (BCL) dan Ariel ketika mereka membuat persembahan istimewa menerusi lagu duet popular, Mencari Cinta dan Menghapus Jejakmu.

Selain mempamerkan persembahan memukau, kedua-duanya dilihat begitu selesa bersama di atas pentas sehinggakan kedua-duanya juga bernyanyi sambil berpegangan tangan dan berbalas pandangan.

Bukan itu sahaja, tindakan Ariel memeluk dan merangkul Bunga di atas pentas pada persembahan terakhir mereka ternyata mengejutkan penonton yang hadir lantas ada yang menyifatkan pasangan ini amat serasi malah, mendoakan agar kedua-duanya dijodohkan bersama.

 

Salma Syahbuddin