[VIDEO] Akui Bukan Jenis Rakan Hilang Dari Radar, Sharifah Sakinah ‘Buka Mulut’ Isu Beri Kenyataan Pada Nad Zainal – “Saya Sendiri Tak Tahu Button Block Dekat Mana”

Pelakon sensasi, Sharifah Sakinah tampil mengulas mengenai isu bermasam muka bersama rakan selebriti, Nad Zainal seperi yang heboh di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi temubual bersama Budiey, Sakinah berkata dia bukan seorang rakan yang akan menghilang dari radar.

Bukan itu sahaja, Sakinah juga berkata dia tidak tahu keberadaan butang ‘sekat’ di media sosial.

“Mereka tahu saya seorang yang sangat joyful, tapi mereka juga tahu saya tak lari atau menghilangkan diri dari orang.

“Saya sendiri pun tak tahu button block tu dekat mana, saya tak begitu aktif di media sosial.

“Sumpah demi Allah, saya tak suka bergaduh dengan orang. Pernah ke dengar isu saya bergaduh dengan media ke orang lain ke? Mungkin ada yang terasa hati ke saya minta maaf,” ujarnya.

Kali terakhir berhubung dengan Nad Zainal sebelum berkahwin bersama aktor, Ungku Ismail, Sakinah berkata dia tidak mahu terus mengulas kerana bimbang tersebar aib ramai pihak.

“Saya sangat transparent. Saya tak nak banyak cakap sebab nanti saya akan cakap benda yang betul.

“Jadi lebih baik saya tutup aib kawan saya, tutup aib semua pihak. Saya tidak akan menipu, saya bukan ‘cliche’ selebriti yang akan ‘berlapik’ ketika menjawab soalan.

“Saya seorang yang sangat ‘real’. Bila ada event i akan set my mind untuk tak bercerita ketika ditemuramah sebab nanti habis semua ‘aib’ keluar,” tuturnya lagi.

Sementara itu, Sakinah juga memuji Nad Zainal seorang yang sangat bekerja keras dan digelar primadona

“To me she’s beautiful, dia seorang yang sangat bekerja keras, she has so much values on herself. Dia tahu dimana position dia sekarang.

“Saya hormati keputusannya. Tahniah dan saya doakan yang terbaik untuk dia.

“Tak ada perubahan antara kami, bila orang kata dia sombong.. saya tak rasa pun dia sombong.

“She’s a beautiful primadona,” akhirnya.

Sebelum ini, nama Nad Zainal heboh di platform media sosial selepas pengakuannya yang tidak kisah sekiranya hilang rakan daripada radar.

Pengakuan tersebut telah meraih perhatian aktres, Nabila Huda yang terkejut apabila disekat oleh Nad Zainal di Instagram meskipun ‘tidak mengenali’ aktres itu.

Susulan itu, perkongsian Sakinah di Instagram mencetus pelbagai reaksi yang melabel Nad Zainal narsisistik serta berharap untuk berjumpa aktres itu di alam lain.

Artikel Berkaitan: Masih Sayang Persahabatan, Sherry Alhadad Dedah Kali Terakhir Berhubung Nad Zainal Sebelum Berkahwin Dengan Ungku Ismail – “Tali Silaturahim Masih Ada, Dia Adik Saya”

Artikel Berkaitan: Didakwa Bermasam Muka Dengan Rakan Artis, Nad Zainal Tak Nak Fokus Pada Siapa Yang Hilang Dari ‘Radar’?

Artikel Berkaitan: Nabila Huda Buka Mulut Isu Beri Kenyataan ‘Berani Mati’ Terhadap Nad Zainal -“Buat Apa Nak Terhegeh-Hegeh”

Artikel Berkaitan:  “Jumpa Awak Di Alam Lain, Di Situ Tiada Radar” – Sharifah Sakinah Label Nad Zainal Narsistik?

Kredit: Budiey

Aqilah Paharuzi