[VIDEO] Alif Satar Kongsi Momen Bersama Ibu Bapa Sebelum Buat Persembahan Di AJL 37, Siti Nurhaliza Komen Alif ‘Anak Soleh Kebanggaan Keluarga’

Pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL 37), Alif Satar menjadi perhatian apabila memuat naik sebuah klip di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Alif memuat naik sebuah klip rakaman yang memaparkan momen-momen sebelum, semasa dan selepas berentap di pentas AJL 37 pada 12 Februari lalu di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Video tersebut turut memaparkan Alif memeluk dan mencium kedua ibu bapanya seusai membuat persiapan akhir sebelum membuat persembahan.

“Alif share sikit momen momen dalam tour bas kami malam sebelum perfomance final AJL 37.

“Rehearal dah buat, doa pun dah, bila time show kita tawakal dan give it our all.. Alhamdulillah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Kehangatan AJL 37 masih terasa apabila rata-rata peminat dan rakan selebriti memberikan ucapan tahniah kepada Alif & The Locos.

Lebih mencuri perhatian adalah komen yang ditinggalkan oleh penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menyatakan Alif adalah kebanggaan keluarga.

“Anak soleh kebanggaan keluarga,” komen Siti.

Selain itu, ketika ditemu bual XTRA semasa di AJL 37 lalu, Alif mendedahkan dia dan The Locos akan membuat showcase tidak lama lagi untuk peminat.

“Album showcase adalah yang paling terdekat. Kami ada bas sendiri, itulah gambaran yang kami akan buat konsert jelajah.

“Insya-Allah album juga akan keluar selepas raya Aidilfitri dan konsert jelajah. Kalau konsert berskala besar, bukan lagi perancangan kami, kami mahu pergi tempat yang lebih ramai orang. Itulah perancangan kami,” ujarnya teruja.

AJL 37 menyaksikan lagu ciptaan Alif Satar, Shah Shamshiri & Romeo ini membawa pulang hadiah wang tunai RM 30,000 berserta trofi.

ARTIKEL BERKAITAN: AJL 37: Menang Tempat Ketiga, Alif Satar & The Locos Seronok Karya Dihargai Juri Profesional – “17 Tahun Dalam Industri…”

Khairil Khusyairi