[VIDEO] Anak Lan Solo Buat Tarian ‘Wednesday’ Raih Perhatian, Netizen Pertikai Pemilihan Lagu – “Tolong Hati-Hati, Lirik Memuja”

Penyanyi sensasi Lan Solo, berkongsi sebuah video memaparkan puteri sulungnya, Nur Amna Qaleesya, 12 sedang rancak menari di Instagram miliknya itu telah mencuri perhatian.

Video berdurasi 15 saat menunjukkan Qaleesya mengikut tarian seperti ‘zombie’ dalam drama bersiri popular Netflix, iaitu Wednesday yang berpakaian serba hitam.

“Ok lepas video haritu.. ramai pula request kakak SOLO.. jadi kita belanja ‘Kakak Solo’. Yang belakang tu in character juga tau,” tulis Lan di ruang kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Qaleesya pandai menari dan mempunyai bakat dalam industri seni.

Namun begitu, berdasarkan pemerhatian XTRA ada juga segelintir netizen mempertikaikan pemilihan lagu tersebut yang dikatakan memuja tuhan jesus.

 

Bagaimanapun, Lan diliihat tidak mengendahkan komen tersebut dan tidak memberi sebarang respons.

Sebelum ini, puteri sulungnya ini pernah menjadi tumpuan ramai dek gelagatnya yang gemar menari sehingga acap kali dikritik netizen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dikritik Biarkan Anak Menari Terkinja-Kinja, Lan Solo Tampil Beri Respons Padu! -“Cantik Sangat Ke Perangai?”

Aqilah Paharuzi