Featured By: Aqilah Paharuzi July 20, 2022 @ 6:39pm

[VIDEO] Angkat Isu ‘Body Shaming’ Dalam Karya Terbaharu, Zara Zya Harap Dapat Suntik Semangat Wanita ‘Plus Size’

Drama Honey-Moon lakonan aktres versatil Zara Zya bergandingkan bersama aktor Ben Amir di slot Lestary TV3 sedang hangat diperkatakan di media sosial.

Baru dua episod ditayangkan, namun peminat drama ini sangat teruja untuk menanti episod terbaru.

Menurut Zara yang memegang watak Moon, dia berharap agar drama komedi ini dapat menyuntik semangat pada wanita-wanita ‘plus size’ di luar sana.

“Moon ni dia bagus untuk wanita-wanita berbadan besar yang tiada confident, yang rasa dirinya kurang.

“Bila tengok Moon ni saya harap mereka akan berubah fikiran dan tanggapan sebab Moon sangat confident,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai wataknya itu, Zara berkata sebelum penggambaran berlangsung, dia mengambil inspirasi daripada rakan baiknya dan juga memperhatikan orang sekeliling.

“Saya banyak buat tengok orang sekeliling, dan fikir siapa yang terdekat dengan saya. Mereka sangat aktif dan bersemangat meskipun berbadan besar.

“Saya tak nak gambarkan watak Moon tu sebagai seorang yang mengah ke sebab dia besar. Tapi ada kalanya dia down sebab tak ada keyakinan diri,” katanya.

Sementara itu, menurut pengarah Honey-Moon, Pali Yahya, dia memohon orang ramai untuk tidak salah anggap mengenai drama ini.

“Honey-Moon bukan sekadar komedi kosong, kami banyak mengangkat isu yang berbangkit seperti body shaming yang banyak berlaku dalam negara.

“Walaupun watak Moon ni berbadan besar, kami suntik isu hormat menghormati antara satu sama lain dan menunjukkan sisi berbeza dalam drama ini,” katanya.

Drama Honey-Moon bersiaran selama 20 episod sudah mula disiarkan pada 16 Julai lalu di TV3 diinspirasikan daripada novel berjudul sama karya Nurhayati Ishak.

Zara Zya berganding bersama barisan pelakon handalan tanah air seperti Ben Amir, Wanns Ahmad, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.

Jangan lupa tonton drama Honey-Moon menerusi slot Lestary, pada setiap Rabu hingga Sabtu jam 9.00 malam atau strim secara langsung di www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Hiburan Fri, 5 Oct 2018

美国队长正式告别!网泪崩:他会死在《复仇者4》

「美国队长」克里斯伊凡斯完成《复仇者联盟4》的补拍工作,正式宣布高挂盾牌,离开扮演8年的​​美国队长角色!

Trending Hari Ini Mon, 4 May 2020
Hiburan Wed, 6 Mar 2019
Featured Sat, 2 Feb 2019
Hiburan Sat, 1 Jan 2022

Azzam Sham Selamat Bernikah Dengan Sheryl Shazwanie

Dengan sekali lafaz, penyanyi Azzam Sham, 25, selamat mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Sheryl Shazwanie, 25, tepat jam 10 pagi tadi. Memilih tarikh tahun baru untuk mengakhiri zamab bujang, majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid […]

Hiburan Wed, 7 Feb 2024

Anak-Anak Trauma, Tak Izin Shuhada Kahwin Lagi? – “Memang Ada Yang Mendekati Tapi…”

Inshaa-Allah, jodoh yang baik akan datang pada waktu yang tepat❤️