[VIDEO] “Antara Benda Yang Sangat Merisaukan Kita Sebagai Mak” – Anak Bongsu Norman Hakim & Memey Suhaiza Masuk Hospital

Pelakon Memey Suhaiza meluahkan rasa sedih apabila anak bongsunya dimasukkan ke hospital.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Memey memuat naik sebuah video yang memaparkan momen anak perempuannya, Mikayla Delisha Hakim menerima rawatan di hospital.

Video berdurasi lebih 30 saat itu menunjukkan keadaan Kayla yang kelihatan sedang menerima rawatan dan dijaga oleh Memey.

“Khabar dari anak manja mummy. Setelah beberapa hari bertahan akhirnya semalam kesini juga Kayla untuk pastikan keadaan lagi baik.

“Antara benda yang sangat merisaukan kita sebagai mak-mak… bila tengok anak tak sihat ni rasa sayu, berat hati,” kongsinya.

Tambah isteri kepada aktor Norman Hakim ini lagi, dia berharap orang ramai dapat mendoakan kesihatan anakandanya itu agar kembali pulih.

“Mohon doakan @mikayladelishahakim sihat sediakala,

“Mummy rindu dia asyik nyanyi, bercakap potpet, bercerita macam-macam benda dengan semua keletah-keletah Kayla.

“Semoga hari ni hari yang baik juga untuk kita semua,” tulisnya.

Memey dan Norman mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 10; Muhammad Dikhriz Hakim, 8; dan Mikayla Delisha Hakim, 5.

Khairil Khusyairi