[VIDEO] Ariff Bahran Beli Kereta Baru, Ada Pula Yang Komen Sinis: “Jangan Riyak Bang Tunjuk…”

Belakangan ini nama penyanyi Ariff Bahran sering disebut-sebut oleh netizen gara-gara dia dikecam hebat oleh netizen apabila memuat naik sebuah video yang memaparkan menyimpan sejumlah wang di dalam peti sejuk.

Namun pemilik nama lengkap Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari itu menjelaskan bahawa video tersebut adalah sekadar konten dan suka-suka sahaja.

Terbaharu, pelantun lagu Kata Akhirmu itu sekali lagi menjadi perhatian apabila dia membeli kereta baharu.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ariff memuat naik beberapa foto dan video momen-momen dia bersama kereta baharunya itu.

Turut bersama disisi adalah isterinya, Amirah Syzwani Ridzuan dan anak lelaki mereka iaitu Muhammad Luth Mikhael, 11 bulan.

Namun apa yang menjadi perhatian, disebalik kejayaan manis tersebut, terselit juga sindiran-sindiran yang dilemparkan oleh netizen kepada penyanyi berusia 25 tahun itu.

Di ruangan komen, ada yang menyindir Ariff agar tidak terlalu riyak dalam menunjukkan kemewahan pada khalayak umum.

“Jangan riyak bang tunjuk kereta ni, sekelip mata je Allah boleh tarik kemewahan kau,” tulis seorang netizen.

Lebih panas, ada juga yang mendakwa populariti penyanyi tersebut kian merudum selepas berumah tangga pada 2021.

Untuk info, Ariff mendirikan rumah tangga bersama Amirah pada 3 September 2021 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata.

Khairil Khusyairi