[VIDEO] Aznil Nawawi Dendangkan Lagu Pelangi Petang Sudirman, Netizen Luah Rasa Sebak – “Lama Tak Dengar Pak Nil Nyanyi, Sedap!”

Pengacara, pelakon dan penyanyi, Datuk Aznil Haji Nawawi berkongsi sebuah video menyanyikan lagu Pelangi Petang milik legenda Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad.

Berdasarkan video tersebut, Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Pak Nil mengakui takut untuk menyanyi lagu ballad Allahyarham Sudirman.

“Sebenarnya Pak Nil cukup dan paling takut nak nyanyi lagu Allahuarham Sudirman lagi-lagi lagu ballad.

“Kalau rancak mcm Hore-hore, Toyol, Chow Kit Road boleh juga lagi. Tapi bila dah Pelangi Petang, subhanAllah, kaki Pak Nil mcm tak jejak bumi.

“Ni Pak Nil naikkan video masa fulldress sbb tak ada video real show tadi. Sorry tersalah terkurang,” tulisnya ketika menjadi artis jemputan untuk sebuah stesen TV tempatan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak mendengar lagu yang cukup sayu itu.

Lebih-lebih lagi apabila Pak Nil mendendangkan lagu tersebut dengan penuh emosi sehingga menyerlahkan vokalnya yang merdu.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 13,000 tontonan, 2,000 tanda suka dan lebih 100 komen.

 

Aqilah Paharuzi