Video Bella Astillah Bersama Daniesh Suffian Curi Perhatian… Ada Netizen Beri ‘Lampu Hijau’, Ada Pula Komen: “Shooting Muzik Video Ni”

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah sekali mencuri tumpuan warganet baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), penyanyi, Daniesh Suffian memuat naik sebuah video yang memaparkan dia bersama Bella.

Dalam video berdurasi hampir seminit itu, Danish dan Bella kelihatan sangat mesra bersama bersiar-siar di sebuah kota di China.

“POV: Bella Astillah is your teman dalam ibadah,” tulis Daniesh.

Sehingga kini, tidak pasti tujuan video tersebut di muat naik.

Mungkin juga ia adalah sedutan untuk muzik video lagu baharu Daniesh yang akan dilancarkan kelak.

Terdahulu, Daniesh dan Bella turut muncul dalam sebuah video apabila mereka membuat cover dengan menyanyikan lagu hits Eyes, Nose, Lips nyanyian penyanyi, Taeyang.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian pelantun lagu Mahligai itu.

Rata-ratanya seolah senang melihat keakraban kedua-dua selebriti itu bersama.

Tidak kurang juga ada yang seolah-olah merestui sekiranya Daniesh dan Bella bersama.

 

Khairil Khusyairi