[VIDEO] “Beruntungnya Ada Anak Soleh Macam Ni”- Baru Berusia 4 Tahun, Gelagat Ardy Wira Pertama Kali Laungkan Azan Bikin Netizen Meremang!

Pelakon dan penyanyi, Betty Rahmad mencuri tumpuan selepas dia memuat naik hantaran di Instagram miliknya pada Khamis menunjukkan momen manis anak lelakinya, Ardy Wira yang berusia empat tahun 10 bulan melaungkan azan buat pertama kalinya.

Menerusi perkongsian tersebut, Ardy Wira atau lebih mesra disapa Wira kelihatan memakai baju tidur pijama berwarna biru gelap dan memakai kopiah berdiri dan melaungkan azan maghrib.

“MashaAllah TabarakaAllah. Segala puji bagi Allah SWT. Wira first azan,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa bangga dan sebak apabila melihat reaksi Wira.

Malah, ramai yang memuji adik kepada pengarah terkenal Erma Fatima dan Datin Paduka Umie Aida ini kerana berjaya mendidik anaknya dengan ilmu agama dan akhlah yang baik.

“Beruntunglah mommy dan daddy dikurniakan anak soleh. Tahniah buat keduanya kerana berjaya mendidik Wira dengan asas agama dan sahsiah yg baik.

“Masha-Allah, asbab Daddy dia banyak korban untuk agama. Allah bagi faham dekat anak.

“Allahu, bijaknya Wira! Dari kecil memang bijak Wira ni…Moga membesar jadi anak yang soleh dan faham agama.

“Semoga wira menjadi anak yang soleh dan penyejuk mata buat ibu dan ayahnya.

“Allahuakbar! bijak anak ni. Dah tahu bagaimana didikan ibu ayahnya. Tentulah agama yang dititik beratkan,” komen netizen

Manakala, rakan selebriti juga kelihatan tampil memuji sikap yang ditunjukkan Wira apabila berani melaungkan azan maghrib.

Terdahulu, anak kepada pasangan Betty Rahmad dan Ardy Damis ini pernah mencuri perhatian apabila dia kelihatan tidak kekok dan lancar membaca Al-Quran beserta taranumnya.

Salma Syahbuddin