Featured By: Aqilah Paharuzi September 1, 2022 @ 5:28pm

[VIDEO] “Biasa Kalau Kena Tangan Ni Akan Jadi…” – Gara-gara Tak Hafal Lirik Lagu ‘Selangit’, Pemuda Ini ‘Ditampar’ Mas Idayu

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial TikTok memaparkan kemeriahan sambutan malam Ambang Merdeka yang berlangsung di Tanjung Emas Muar Bandar Diraja, Johor pada 30 Ogos dan 31 Ogos lalu.

Sambutan yang berlangsung pada 30 Ogos menampilkan barisan penyanyi tersohor seperti Datuk Ramli Sarip, Ezad Lazim, Mas Idayu, Naqiu Mohd dan Jatt Ali yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Muar.

Susulan itu, sebuah video tular menunjukkan penyanyi dangdut kegemaran ramai, Mas Idayu yang sedang menghiburkan orang dengan mendendangkan lagu Selangit dan secara spontan telah ‘menampar’ seorang penonton.

Menerusi video tersebut, individu berkenaan dilihat sakan bergelek dan menari, namun apabila Mas Idayu tampil menghulurkan mikrofon kepadanya, pemuda itu ternyata tidak menghafal lirik lagu Selangit lalu ditampar secara gurauan oleh selebriti itu di bahagian pipi.

Tinjauan di ruangan komen video tersebut dibanjiri oleh rata-rata netizen yang terhibur melihat gelagat pemuda itu bersama Mas Idayu kerana sakan bergelek tetapi tidak menghafal lirik.

Ramai dalam kalangan mereka yang memuji Mas Idayu kerana bersikap sangat ‘sporting’ dalam melayan peminat-peminatnya bagi memeriahkan lagi program berkenaan.

Individu berkenaan turut meninggalkan komen di video tersebut yang dikenali sebagai Shah Rezal berkata tamparan yang diberikan Mas Idayu itu tidak terasa kerana dia sempat mengelak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Oct 2022
Featured Wed, 16 Jan 2019

Bayi ini dipilih sebagai model kempen jenama syampu terkemuka kerana rambutnya!

Rasanya dialah model tercomel dalam sejarah iklan syampu.

Featured Fri, 27 Jan 2023
Hiburan Thu, 23 Jan 2020
Featured Tue, 20 Jun 2023
Hiburan Mon, 14 Oct 2019

Jerebu Terburuk Di Kota Palembang

Jarak Penglihatan Kurang 150 Meter

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

M! Countdown Charts Will Be Changing Their Voting Concept

The new system will change how idols win the weekly show.

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Jennie BLACKPINK Sudah Ada Kekasih Hati?

Penyanyi wanita berusia 22 tahun yang menjadi kegilaan peminat dunia ini dilaporkan sedang hangat bercinta dengan anggota kumpulan EXO, Kai. 

Featured Thu, 11 May 2023

Suka Buat Dua Kerja, Syafiq Farhain Jadi Bomba Sebagai Jaminan Masa Depan?

Min memang respect orang yang pandai manage masa buat dua kerja ni

error: Content is protected !!