Featured By: Atiqah Johari September 7, 2022 @ 8:05pm

[VIDEO] “Bila Hubungan Dah Jadi…” – Kongsi Luahan Hati, Netizen Minta Rossa Sera Kuatkan Semangat!

Baru-baru ini, isteri kepada pelawak, Shuk Sahar berkongsi sebuah video di platform TikTok seperti meluahkan perasaan mengenai hubungannya bersama Shuk yang masih belum menemui noktah.

Menerusi video tersebut, Rossa atau nama sebenarnya Rossalennah Nattasiyah Asshaferah menyatakan bahawa hubungannya dengan Shuk telah menjadi separuh daripada hidupnya walaupun kini hanya sebagai kawan.

Video tersebut turut memperlihatkan Sera berkongsi tangkap layar perbualannya bersama Shuk di aplikasi Whatsapp dimana mereka bergurau.

“Bila hubungan tu dah jadi separuh dari hidup kau dan dia.

“Perasaan aku tak lebih dari seorang kawan pun sekarang ini,” tulis Sera.

Jelasnya lagi, dia lebih gembira dengan kehidupannya sekarang dan meminta doa supaya dia juga dapat hidup bahagia.

“Saya gembira macam ini. Doakan saya bahagia macam awak,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Sera turut berkongsi perbualan mesej dimana mereka berdua mengimbas kembali kenangan ketika bersama.

Malah, dilihat Shuk turut meminta maaf kepada Sera dan akan benar-benar menyayangi isterinya itu jika ditakdirkan jodoh mereka masih bersama.

“Sayang, I minta maaf tau. Kalau andai kata kita ada jodoh balik… I akan sayang you sangat-sangat, sepenuh hati I, Lillah sangat-sangat,” kata Shuk kepada Sera.

Namun begitu, Sera menyatakan bahawa kenangan tersebut hanya mampu untuk diimbas kembali seperti dia sudah tawar hati dengan Shuk.

“Hanya mampu throwback kan but it is okay! You can do it.

“Love you mate!,” tulisnya lagi.

@rossa.sera Apa2 pun sempat juga dia biruuu la masa menyamar jadi ayah 🤣 #fyp ♬ Rumah Singgah – Fabio Asher

Menjengah diruangan komen, rata-rata wargamaya memberi kata-kata semangat buat Sera dan menganggap Sera sebagai seorang wanita yang kuat dan tabah.

           

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 13 Jan 2020

MASDO Tampil Dengan Album Jalan Abbey

Dengar cerita, cetakan pertama album ini telahpun sold out guys!

Trending Tue, 24 Apr 2018

Jiran Sangka Wanita Itu Dah Meninggal Rupa-Rupanya…

“Lantai bilik itu juga dipenuhi najis serta berbau busuk. Saya kemudian memanggil jiran lain dan kami sepakat menghubungi polis untuk menyelamatkan mangsa,” katanya.

Trending Fri, 16 Jul 2021

PEMULIH: Jom Semak Senarai Bantuan Buat Sektor Terjejas Semasa PKP!

Pada 28 Jun 2021, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia iaitu Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Anda mesti tak ketinggalan mendengar pembentangan tu kan? Kalau […]

Trending Mon, 18 Dec 2017

无端端拥有RM5797,该怎么花?这存钱法真的有效!

如果你发现在2018年12月31日,你拥有了RM5797,你会怎么用呢?爱旅行的年轻设计师Jas为了让自己更有趣的存钱,就实行了『信封存钱』计划!

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Mengaku Rindu Konti, Shuib Mahu Buat Comeback?

Shuib turut mempersoalkan sama ada kemunculannya masih relevan lagi atau sebaliknya.