Featured By: Aqilah Paharuzi September 1, 2022 @ 5:56pm

[VIDEO] Buang Gula-gula Semasa Live, Netizen Minta Shila Amzah Ubah Attitude.. – “Sorry Sebab Lupa…”

Nama penyanyi terkenal, Shila Amzah sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen selepas sebuah video tular di aplikasi TikTok memaparkan dirinya membuang gula-gula dari mulut semasa membuat persembahan menyanyikan lagu Khilaf Asmara.

Kejadian itu berlangsung semasa Konsert Merdeka 65 yang ditayangkan di sebuah stesen televisyen pada Rabu dan aksi itu sempat dirakam kamera.

Susulan itu, seorang pengguna TikTok telah memuat naik sisipan video berkenaan sehingga menerima pelbagai respons daripada rata-rata netizen yang menganggap perbuatan Shila itu seakan telah menjadi trademark untuknya setiap kali membuat persembahan.

Ini kerana menurut mereka, perkara tersebut bukan kali pertama pelantun lagu Memori Tercipta itu bertindak sedemikian, malah Shila turut pernah melakukan aksi sama ketika peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 tahun lalu.

“Hari tu rasanya dia juga buat macam tu. Lain kali pegang genggam je la dulu. Tak payah buang merata macam tu. Kalau kena ke gula getah tak ke naya orang terpijak,” tulis netizen.

Meninjau di ruangan komen video tersebut, ramai dalam kalangan netizen meminta supaya selebriti terkenal itu untuk mengubah sikapnya serta tidak menonjolkan aksi sedemikian lagi kerana dianggap tidak manis.

 

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 770,000 tontonan, 8800 tanda suka dan 217 komen.

Sementara itu, Shila menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya memaklum dirinya kurang sihat serta memohon maaf atas insiden berkenaan kerana menurutnya dia terlupa ada gula-gula didalam mulutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Nov 2019
Selebriti Fri, 1 Dec 2023
Featured Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Sun, 15 Oct 2023

“B*doh Tak Ada Sivik!”- Nabila Huda Berang Sikap Individu VIP Buang Puntung Rokok Merata-Rata

Haa…kan Abil dah marah! Kalau tak reti nak buang elok-elok, takyah hisap rokok lah!

Hiburan Fri, 10 Dec 2021

Saksikan Live Streaming 2021 Mnet Asian Music Awards (2021 MAMA) Selama 7 Jam Di tonton!

Peminat-peminat muzik K-Pop di Malaysia bertuah tahun ini apabila mereka dapat menyaksikan siaran langsung anugerah berprestij dunia, 2021 Mnet ASIAN MUSIC AWARDS (2021 MAMA) secara strim langsung dalam definisi tinggi (HD) menerusi tonton. Ramai tertanya-tanya […]

Hiburan Thu, 18 Aug 2022

Percaya Kaedah Tradisional Punca Kesihatan Ako Mustapha Terjejas

Pastikan dapatkan nasihat pakar dulu ya kalau ada penyakit sebelum cuba perubatan tradisional..