[VIDEO] Buat Trend Popular TikTok, Amir Masdi Tak Jadi Langgar Sharifah Rose.. Netizen Pula Label ‘Red Flag’? – “Next Please…”

Heboh di media sosial berhubung sebuah video content yang dimuat naik oleh penyanyi terkenal, Amir Masdi di aplikasi TikTok miliknya.

Video tersebut memaparkan Amir mengikut trend TikTok langgar bahu jodoh bersama pelakon Sharifah Rose.

Menerusi video berdurasi 10 saat itu, Rose sedang mengundurkan diri ke belakang dan Amir lalu hampir terlanggar bahu aktres jelita itu.

“@sharifahrose that was close,” tulisnya di kapsyen.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, video tersebut meraih pelbagai respons daripada netizen seakan tidak merestui hubungan mereka serta meminta pelantun lagu Debu itu untuk tidak bersama Rose.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen malah melabel Rose sebagai wanita ‘red flag’ ekoran isu tidak menjaga batas bersama selebriti Thailand sebelum ini.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 740,000 tontonan, 55,000 tanda suka dan 600 komen.

Aqilah Paharuzi