Pelakon Wan Sharmila memuat naik sebuah video yang mengikuti ‘trend’ di TikTok dengan menggunakan lagu Swipe nyanyian Alyph.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah Sharmila dilihat melakukan ‘trend’ tersebut bersama pelawak dan usahawan, Shuib.
“Nak swipe ke nak like?” tulis Wan Sharmila diruangan kapsyen.
@wansharmilalala Nak swipe ke nak like? #wansharmila #fypシ ♬ original sound – Wansharmila Lala
Menjengah diruangan komen, rata-rata warganet menyukai mereka melakukan trend tular tersebut bersama.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang dilihat masih cuba untuk menjodohkan mereka berdua kerana kelihatan sesuai malah memiliki wajah yang mirip.
Terdahulu, timbul satu kontroversi yang melibatkan Shuib dan Sharmila apabila ibu kepada Shuib memuat naik foto bersama Sharmila dengan meninggalkan kapsyen berupa ‘hint’ mengenai hubungan mereka berdua.