[VIDEO] “Bukan Drive-Thru, Tapi I Drive To You!” – Romantis Hantar Air Kopi Ke Rumah Kekasih, Sharnaaz Ahmad, Amelia Christie Dipuji Pasangan Paling Serasi!

Selebriti sensasi, Sharnaaz Ahmad mencuri perhatian selepas tular sebuah video romantis bersama kekasih hatinya, Amelia Christie.

Menerusi perkongsian di TikTok, Amelia memuat naik video Sharnaaz menghantar minuman kopi secara drive-thru kepadanya.

Di cawan kopi tersebut, Sharnaaz menulis nama panggilannya, ‘Mamu’ berserta simbol hati.

“Delivery sampai ke rumah ni.. bukan pick-up, bukan drive-thru… ini I drive to you..,” ujar Sharnaaz mengusik cinta hatinya itu.

Amelia dilihat terharu atas perbuatan manis aktor filem The Original Gangster itu serta itu mengucapkan terima kasih kepada Sharnaaz.

“Ya Allah, rajinnya dia hantar sampai ke rumah.. thank you awak,” katanya manis.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengusik pasangan sejoli ini terlalu romantis serta berharap agar mereka dapat menghormati golongan ‘single’.

Sebelum ini, Sharnaaz menjawab persoalan mengenai perancangan kahwin bersama Amelia, jelasnya dia tidak mahu terlalu memaksa keadaan dan ingin memberi ruang kepada kekasihnya untuk berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan.

Terdahulu, Sharnaaz secara terbuka memperkenalkan Amelia dalam kehidupannya ketika menghadiri tayangan media filem Polis Evo 3.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puji Sharnaaz Ahmad Sangat Tegas, Amelia Christie Dedah Momen Awal Perkenalan – “Masih Mengenal Hati Budi…”

Artikel Berkaitan: Mahu Amelia Christie Berjaya Dalam Bisnes, Sharnaaz Tak Rancang Nak Berkahwin Lagi… Syukur Jebat Serasi Dengan Kekasih – “Tak Nak Berjanji Takut Menyakitkan”

Artikel Berkaitan: Didakwa ‘Control’ Amelia Christie, Ini Jawapan Padu Sharnaaz Ahmad!

Aqilah Paharuzi