Featured By: Aqilah Paharuzi April 4, 2023 @ 10:30pm

[VIDEO] “Cari Lelaki Yang Tak Terus Salahkan Isteri Saja” – Hantaran Bella Astillah Curi Perhatian

Perkongsian pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mencuri perhatian selepas memuat naik sebuah video di Instagram Story (IGs) miliknya.

Menerusi video berdurasi 11 saat itu, isteri kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz berkongsi sebuah potongan ayat dipetik dari aplikasi TikTok yang mempunyai maksud mendalam.

Meskipun tidak menulis sebarang kapsyen untuk menjelaskan video tersebut, Bella bagaimanapun berkongsi untuk tatapan pengikutnya di Instagram.

Video tersebut menjelaskan pandangan dan kata-kata daripada seorang peguam berhubung kisah rumah tangga.

Tulis video berkenaan, peguam tersebut meminta pihak wanita untuk mencari seorang lelaki yang tidak akan menyalahkan isterinya sekiranya sebarang konflik berlaku.

“Pandangan daripada seorang peguam: Cari lelaki yang tak terus salahkan kau saja dan tak kata kau yang mencari pasal bila ada konflik.

“Sebaliknya, dia akan berfikir dari sudut pandangan kau dan memahami kau,” katanya.

Terdahulu, rumah tangga Bella dan Aliff pernah dilanda badai selepas suami tercintanya didakwa menjalinkan hubungan bersama pelakon baru, Sophia Albarakbah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 18 Mar 2019
Acara Thu, 26 Jul 2018

Booth Hijab & Heels Tawar Banyak Aktiviti Dan Hadiah Menarik. Jom Serbu!

Booth HIjab & Heels menawarkan pelbagai hadiah menarik serta aktiviti yang pasti mengujakan semua!

Hiburan Sat, 15 Sep 2018

Mayat Accapan Dibakar Di Krematorium Simpang Lima

Pelawak ini dilaporkan sudah lama sakit namun tidak menghebohkan tentang kondisi kesihatannya. Rest In Peace Sir…

Hiburan Fri, 5 Oct 2018

PANAS! Minta Maaf Atau… Aishah Bagi Masa Seminggu Kepada Vida

Kata Aishah, ‘Ini untuk sedarkan pihak penaja dan badan penyiaran agar tidak terus membuli artis demi rating dan kepentingan saja’.

Trending Thu, 21 Feb 2019
Hiburan Tue, 8 Jan 2019

Tak Mahu Dikaitkan Dengan Erwin Dawson Lagi, Julia Farhana Kembali Solo

Kami tiada persefahaman dan masing-masing perlukan ruang untuk perbaiki diri…

Featured Tue, 8 Oct 2019
Hiburan Sun, 3 Dec 2023