Events By: Salma Syahbuddin September 12, 2018 @ 4:10pm

Video Celcom Sempena Hari Malaysia Sure Buat Korang Menitik Air Mata!

Sempena Hari Malaysia pada 16 September ini, Celcom sekali lagi membawakan video berdurasi 5 minit 16 saat berkonsepkan sosial eksperimen. Sentiasa menjadi salah satu platform utama dalam mempersembahkan kepelbagaian dan integrasi kaum, Celcom sekali lagi tampil dengan mencipta percubaan sosial nya yang dikenali sebagai Guess The Malaysian.

Di Malaysia, walaupun masyarakatnya hidup dalam keadaan harmoni, namun terdapat segelintir daripada kita masih menilai orang lain berdasarkan warna kulit. Justeru itu, Celcom telah memulakan percubaan ini melalui laman facebook nya dengan meminta pengguna untuk meneka identiti 5 calon yang telah dipilih berdasarkan 3 petanda. 

 

 

Celcom juga akan memberikan 3 petunjuk pada 3, 6 dan 9 September ini. Pada pusingan pertama, petanda berupa teks yang akan menampilkan kata kerja daripada 5 calon terpilih. Berdasarkan kata-kata mereka pengguna Facebook diminta untuk mengundi calon berumur 30-an yang mereka percayai. 3 calon utama dengan markah tertinggi layak ke pusingan seterusnya.

Manakala, pusingan kedua pula akan memaparkan suara daripada 5 calon yang terpilih tadi.Berdasarkan ucapan mereka, pengguna Facebook diminta untuk mengundi calon yang dipercayai berasal daripada sebuah kampung. Dan, dua calon yang berjaya meraih markah tertinggi seterusnya layak ke pusingan ketiga.

Petunjuk bagi pusingan ketiga ini adalah berdasarkan pakaian dan aksesori daripada 5 calon terpilih tadi. Dan berdasarkan gaya mereka pengguna Facebook diminta untuk meneka calon yang manakah berjaya menamatkan sekolah diperingkat menengah.

Keputusan berdasarkan pemerhatian ini akan diumumkan pada 11 September 2018. Manakala pada 12 September pula, video penuh Guess The Malaysian akan dimuat naik di laman Facebook dan Celcom Youtube.

Apa yang menariknya, video ini juga mampu membuatkan korang menangis apabila calon yang dipilih dalam satu klip video ini adalah  mereka cacat penglihatan dan penilaian mereka nyata mengejutkan!

Kalau nak tahu kenapa, kenalah saksikan video Celcom sempena Hari Malaysia ini dan like okay! Tak lama pun, 5 minit je. Tapi confirm penuh makna!

Selamat Hari Malaysia Semua!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 3 Jan 2023

Ibu Syamsul Yusof Bertegas Tidak Akan Memaafkan Peruntuh Rumah Tangga

Hati ibu mana yang sanggup lihat rumah tangga anaknya musnah 😢 Semoga dipermudah segala urusan mereka… ❤️

Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Joe Flizzow Mohon Maaf Kerana 16 Baris, Publika Sesak Teruk!

16 Baris merupakan kolaborasi antara Kartel Records dan Rocketfuel Entertainment yang menghimpunkan artis-artis hip hop dan telah mendapat tontonan lebih 100k  menerusi platform digital Youtube mereka

Hiburan Tue, 12 Feb 2019

Uqasha Senrose Akui Lebih Tenang Lepas Tunai Umrah

Alhamdulillah… Uqasha juga merancang untuk kembali ke Tanah Suci sebelum bulan Ramadhan nanti. Semoga dipermudahkan urusan Uqasha & keluarga.

LIFESTYLE Fri, 12 Jan 2018

Lelaki Ini Kongsi 20 Langkah Mudah Menguruskan Uri Bayi

Lelaki Ini Kongsi 20 Langkah Mudah Menguruskan Uri Bayi, Tips Untuk Suami Yang Bakal Bergelar Bapa,