[VIDEO] Comelnya! Muat Naik Video TikTok, Netizen Suka Tengok ‘Bonding’ Adira Suhaimi Dan Anak – “Sekarang Lagi Power Lawak Dia”

Sering berkongsi video di TikTok , penyanyi Adira Suhaimi sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas memuat naik video berdurasi 44 saat menerusi laman sosialnya itu.

Menerusi video tersebut, Adira kelihatan bersama anak perempuannya sedang bernyanyi secara miming lagu yang dipopularkan oleh Kangen Band berjudul Kehilanganmu Berat Bagiku.

Malah, reaksi mereka juga kelihatan spontan apabila masing-masing menjiwai lagu tersebut.

Melihat gelagat kedua beranak ini, rata-rata netizen terhibur melihat kemesraan mereka sekaligus  menyifatkan Adira sebagai seorang yang kelakar berbanding ketika dirinya masih single dahulu.

“Sekarang akau dah tak kenal Adira, dulu dia lain sekarang lain.

“Adira ni dari dulu sebenarnya lawak, Tapi dulu anak dara sekarang mak orang. Lagi power lawak dia.

“Bonding ibu dan anak, pasti anak akan ingat sampai bila-bila benda ni.

“Comelnya dua beranak ni, dua-dua pun lawak,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun ditonton lebih 4 juta tontonan dan menerima lebih 300,000 tanda suka.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Adira dilihat lebih selesa berkongsi video bersama anaknya perempuannya itu menerusi platform TikTok dan Instagram miliknya.

Salma Syahbuddin