[VIDEO] “Dah Besar Dah…”- Beraksi Dengan Awal Ashaari Di TikTok, Peminat Puji Bakat Lakonan Lara Alana

Tular sebuah video perkongsian pelakon Awal Ashaari bersama anak sulungnya, Lara Alana yang berlakon mengikut audio TikTok.

@awalashaariPernah jumpa tak sejenis yang berebut rebut macam lah kita nak habiskan semua ramadhan buffet tu. pastu bila dah langgar buat muka tak bersalah, sorry pun takde.. Anyway, buka puasa dekat Ritz Carlton Kuala Lumpur was a breeze. Punya lah banyak choice, tak perlu berebut.. semua pun dapat makan.

♬ Excuse Me Bruhh – wh2cen

Perkongsian terbabit meraih perhatian peminat kerana rata-rata tertarik dengan penampilan Lara yang kian meningkat remaja.

“Pernah jumpa tak sejenis yang berebut-rebut macam lah kita habiskan semua Ramadan buffet tu. Lepastu bila dah langgar buat muka tak bersalah, sorry pun tak ada,” tulis Awal di ruangan kapsyen.

Video tersebut memperlihatkan mereka berdua melakonkan kembali situasi terbabit apabila terlanggar pelanggan lain ketika mahu mengambil juadah hidangan buffet Ramadan.

Lara yang sudah berusia 9 tahun itu kelihatan cantik seperti ibunya dan melakonkan watak yang dibawa dengan baik sekali.

Video tersebut meraih lebih 500,000 tontonan dan rata-rata pengguna TikTok memuji lakonan Lara walaupun hanya sekadar suka-suka sahaja.

“Lara dah boleh jadi pelakon dah.

“Just wonder, Lara ke yang ajak buat video ni?” tulis netizen di ruangan komen.

Walaupun lakonannya dilihat begitu menyerlah di samping Awal, tetapi kecomelan Lara lebih menonjol dan rata-rata netizen seakan akan tidak percaya bahawa bahawa Lara semakin menginjak remaja.

Izzi Farhana