[VIDEO] Dayangku Intan Buka Tabung ‘Lawan’ Perdana Menteri, Sekali Netizen Kata ‘Baik Buka Tabung Bantu Palestin’

Nama penyanyi popular era 80-an, Dayangku Intan menjadi bualan hangat warga maya selepas beberapa video miliknya tular di TikTok, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di platform tersebut, Dayangku Intan atau nama lengkapnya Tengku Intan Tengku Abdul Hamid, 58, memuat naik video dirinya lantang bersuara mengenai pimpinan Perdana Menteri menerusi Kerajaan Perpaduan.

Menurut Dayangku Intan, dia mendakwa kerajaan yang ada kini tidak kompeten dalam menjalankan tugas

“Kalau nak lawan Anwar Ibrahim dan sekutunya, kita kena serius buat kerja.

“Saya tahu kita semua risau kerana sekarang kita mempunyai Perdana Menteri dan kerajaan paling mudarat dalam sejarah, dan mereka sudah berkuasa hampir satu tahun,” dakwa Dayangku Intan.

Dayangku Intan yang popular dengan rangkaian lagu hit seperti Semakin Rindu Semakin Sayang itu turut memaklumkan dia dan rakan-rakan telah membuka tabung bagi protes menentang Perdana Menteri.

“Saya dan rakan-rakan telah memulakan gerakan demi negara, untuk memastikan negara berada di landasan yang betul.

“Di PRU 16, bakal ada perubahan dan kami dengan rendah hati menjemput anda semua membantu misi gerakan demi negara.

“Kami telah melancarkan tabung Lawan Anwar,” maklumnya.

Namun, menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen tampil memberikan pelbagai reaksi terhadap dakwaan Dayangku Intan itu.

Malah, ramai yang mengkritik kenyataan penyanyi itu dengan mengatakan adakah lebih bagus jika membuka tabung kemanusiaan untuk bantuan kepada rakyat Palestin.

Terdahulu, Dayangku Intan mengaku serik berpolitik disebabkan pengalaman kurang enak dilaluinya apabila bertanding pada PRU13.

Untuk info, Dayangku Intan kembali aktif dalam dunia politik selepas menjadi calon PKR kerusi Parlimen Pengerang, Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kira-kira sembilan tahun lalu.

Difahamkan, kini Dayangku Intan telah menyertai Parti Perikatan Nasional sejak tahun 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Dayangku Intan Beri Inspirasi Buat Golongan Wanita

ARTIKEL BERKAITAN: Dayangku Intan Selamat Jalani Pembedahan Derma Buah Pinggang

Khairil Khusyairi