Featured By: Aqilah Paharuzi June 27, 2022 @ 7:29pm

[VIDEO] “Demi Allah, Saya Tidak..” – Sharnaaz Ahmad Dedah Kejadian Sebenar Disebalik Kes Tumbuk Pengawal Keselamatan

“Saya ingin tegaskan satu perkara pada semua, Demi Allah saya tidak menumbuk, memijak perut, mencekik dan menendang perut mana-mana pihak. Itu semua adalah benda karut,”

Demikian kata pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad yang tampil bersuara mengenai kes tumbuk seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium kediamannya sehingga direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Sharnaaz menjelaskan isu sebenar yang terjadi semasa kejadian tular tersebut secara ringkas, atas nasihat pihak peguam mewakilinya sementara menunggu keputusan mahkamah.

“Genap seminggu saya keluar daripada reman, jadi hari ini saya akan keluarkan statement. Walaupun bukan official seperti yang dijanjikan.

“Tapi  selepas dapat nasihat daripada peguam saua dan juga daripada pihak polis sendiri, saya rasa baik tunggu sampai keputusan mahkamah keluar daripada pihak timbalan raya (TBR).

“Hari ini saya akan explain sikit secara dasar saja kerana masih ada lagi portal berita yang menulis saya menendang, menumbuk dan memijak perut.

“Di rumah saya ada guard. Salah seorang penduduk iaitu pengadu dalam kes ini, pada ketika itu sedang bergaduh dengan guard tersebut kerana tidak boleh bawa masuk minyak.

“Bila saya turun ke bawah, saya nampak mereka bergaduh. Saya tak boleh tengok orang lain ditindas, jadi saya cuba pertahankan guard itu. Tapi, bila saya tahan maka berlakulah perkara yang tidak diingini,” jelasnya.

Sharnaaz turut mengakui dia tidak boleh melihat orang lain ditindas waima individu tersebut berbeza agama, bangsa atau warganegara sekalipun.

Mengulas lanjut, Sharnaaz berkata dia tidak mahu kes ini berlarutan dan mahu menyelesaikanhal tersebut secara baik untuk kedua-dua belah pihak.

“Saya yakin saya tak buat salah. Kertas siasatan pihak polis dah lengkap. InsyaAllah semuanya telah dihantar pada pihak TBR, mereka akan uruskan. Kita tengok apa keputusannya.

“Saya tak nak panjangkan cerita ini. Saya mahu jalan yang terbaik untuk semua pihak sebab perkara ini berlaku bukan kita yang minta. Namun, bila dah terjadi kena terima dengan hati terbuka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut meninggalkan pesanan kepada semua pihak yang menonton video penjelasannya itu agar tidak terus membuat penilaian berdasarkan apa yang dilihat dan didengar oleh sebelah pihak sahaja.

“Saya disini bukan nak cakap saya bagus dan pihak sana jahat, tidak. Tapi apa yang saya nak sampaikan adalah jangan terus jump into conclusion bila seseorang masuk reman. Bila direman ni bermaksud untuk membantu siasatan saja.

“Justeru, saya harap video ini dapat clearkan kepada orang tertentu dan pada pihak media untuk sementara waktu sebelum sebarang PC akan dibuat selepas ini.

“Apa-apa jadi ingatlah, apa yang kita buat ini adalah untuk kebaikan. Walaupun cara kita dipandang hina di luar,  tapi kalau kena dengan caranya, kena dan betul dengan niat di hati, maka betul lah jadinya,” pesan Sharnaaz.

Artikel Berkaitan: Terpalit Dakwaan Pukul Penghuni Kondo, Noor Nabila Sentiasa Sokong Sharnaaz Ahmad

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bergambar Dengan ‘Minyak Masak’ Macam Menang Anugerah, Gelagat Sharnaaz Ahmad & Shukri Yahaya Bikin Dekah!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selepas Direman 3 Hari, Sharnaaz Ahmad Terus Lepas Rindu Jumpa Anak

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Saya Tak Bodoh, Tunggu Saya Buktikan..” Kes Tumbuk: Sharnaaz Ahmad Akui Tak Bersalah, Tegaskan Tiada Unsur Panas Baran

Artikel Berkaitan: “Ketika Rakan Mangsa Hendak Menghantar Minyak Masak…” – Pelakon Popular Direman 3 Hari Tumbuk & Tendang Penghuni Kondominium

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 31 Jul 2023
8TV Thu, 1 Dec 2022
LIFESTYLE Tue, 9 Jan 2018

10 LOCAL DRUGSTORE MAKEUP PRODUCTS THAT YOU NEED TO TRY!

2018 resolution: to slay without breaking the bank – CHECKED!

You’re welcome!

Hiburan Wed, 11 Sep 2019

Ahmad Dhani Dikhabarkan Muflis, Artis Naungan RCM Akhirnya…

Walaupun tidak lagi bersama RCM, Mitha mengaku masih…

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

Bapa Elfira minta Sufian Suhaimi Move On

Menurut Ahmad Sabri Ariffin, bekas tunang anaknya itu perlu berhenti mengeluarkan kenyataan bagi menjaga hati semua pihak.

Trending Tue, 25 Jan 2022

“Orang Ingat Lagu Tu Simple, Tapi…” – Anuar Zain Bakal Ganti Ernie Zakri Nyanyi Lagu Boneka Di AJL36?

Pengganti penyanyi Ernie Zakri untuk menyampaikan lagu Boneka di pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) masih belum diumumkan. Ernie yang bakal melahirkan anak sulungnya tidak lama lagi masih belum mendedahkan penyanyi yang bakal menggalas tanggungjawab […]