Hiburan By: Padin January 30, 2023 @ 8:25am

[VIDEO] “Dia ‘Missed Call’ 8 Kali, Non Stop Mesej Di WhatsApp… Dia Kata Dia Bodoh Kerana ‘Tersuka’ Suami Saya” – Bella Astillah Dedah Pelakon Wanita Cuba Try Aliff Aziz

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan ada pelakon wanita cuba untuk mendekati suaminya, pelakon Aliff Aziz.

Memberikan penjelasan mengenai hantaran di Instagram yang dimuat naik baru-baru ini yang menyindir wanita gemar ‘mencuba’ suami orang, Bella mendedahkan entri terbabit ditujukan untuk seorang aktres yang sedang bergandingan dengan Aliff dalam sebuah naskhah.

ARTIKEL BERKAITAN: Sindir ‘Pelacur Sukarela’, Selar Wanita Suka Himpit Suami Orang… Bella Astillah Tuju Pada Siapa?

“Hantaran saya di Instagram itu adalah kerana saya risau kejadian lama berulang kembali. Sebagai isteri, saya ada perasaan trauma. Syukur, Aliff alami banyak perubahan selepas kami rujuk kembali.

“Hantaran itu saya tujukan kepasa seorang pelakon wanita. Selepas Aliff buat kemunculan semula, dia banyak bergandingan dengan heroin lain seperti Nad Zainal dan Intan Najuwa, ketika itu memang tak ada apa-apa pun.

“Cuma yang baru-baru ini, memang ada masalah. Jadi saya bagi amaran. Sudah tentu langkah pertama saya adalah bertanyakan suami terlebih dahulu. Tapi saya tengok hari-hari ada ‘missed call’ dan sebagainya yang saya rasa tidak perlu. ‘Missed call’ sampai tujuh, lapan kali.

“Saya tak tahu nombor telefon siapa. Saya bertanya mengenai nombor terbabit dari seorang rakan artis dan memang betul, itu nombor pelakon wanita tersebut. Saya sangat marah kerana saya sendiri pernah berlakon dengan suami orang.

“Saya bergandingan dengan Zamarul Hisham dalam Aku Tanpa Cintamu. Saya tak pernah berhubung dengan dia secara langsung, kecuali di set penggambarab. Jika ada apa-apa pun, semua WhatsApp atau panggilan telefon akan dilakukan menerusi isteri Zamarul, pelakon Diana Rafar. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia.

“Jadi apabila sampai tujuh, lapan ‘missed call’, saya tak nampak sebab itu. Dia berikan mesej kepada saya. Dia minta maaf, dia katakan dia bodoh kerana dia telah tersuka dengan suami saya.

“Dia mesej di WhatsApp saya ‘non stop’, dia kata dia mahu jadi kawan saya. Dia sangat berani, sebab itu saya sampai ke tahap untuk membuat hantaran di Instagram. Kalau dia menjalani penggambaran dengan pelakon bujang, tak apa, pergilah, nak telefon hari-hari ke, nak keluar berdua ke, tak ada siapa akan marah,” jelas Bella kepada XTRA.

@xtra_my Alamak. Pelakon wanita mana yang cuba nak try Aliff Aziz ni? 😠 Berani mati call suami orang sampai 7, 8 kali, siap mengaku suka suami orang 🥵 Jom dengar cerita Bella Astillah. #fyp #xtramy #familiduotv3 #bellaastillah #aliffaziz #komen #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

Sudah berbincang dengan Aliff terlebih dahulu, Bella kesal kerana pelakon wanita itu tetap berusaha untuk mendekati suaminya.

“Suami dah beri penjelasan kepada saya. Kita sudah berbincang secara matang. Tak macam dulu, sering bergaduh. Kalau orang cakap, kena marah suami dahulu, sudah tentu saya sudah memarahinya, tapi jika setiap hari dia nak mendekat, dia nak hubungi, dia nak cari, itu sudah ‘sesuatu’.

“Harapan saya, jika kita nak bekerja, kita kena betulkan niat. Kita mencari rezeki, kita nak kembangkan bakat kita, nak kongsi kebaikan. Jika ramai sangat orang bercakap tidak baik mengenai anda, mesti ada ‘sesuatu’. Saya harap selepas ini, bila kita tahu individu itu suami orang, kita kena berwaspada, jaga batas, biar orang hormat diri kita sebagai wanita.

“Begitulah saya bawa diri saya sebagai seorang wanita kerana saya tahu orang memerhatikan dan status saya sendiri sebagai isteri orang. Sama juga seperti Aliff, jadi saya harap tak ada lagi cerita yang tak baik,” katanya.

Bella ditemui XTRA usai persaingan minggu separuh akhir Famili Duo TV3 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi.

Dalam pada itu, Bella dan sepupunya, Wani Kayrie berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Famili Duo bersama tiga pasangan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayda & Fyna Juara Lagi, Serahkan Kemenangan Kepada Sabhi, Fareed, Sissy & Naim.. Jom Semak Kedudukan & Markah Penuh Minggu Separuh Akhir

ARTIKEL BERKAITAN: 3 Pasangan Tersingkir, Ayda, Fyna, Zaki, Yamani, Naim, Sissy, Wani & Bella Layak Ke Final Famili Duo

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

@xtra_my Abg Ajai kata persembahan Duopupu malamni adalah yang paling berani 🔥🤟🏼 Rock habis gais! Berapi!! 🔥🔥 Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! #xtramy #familiduotv3 ♬ original sound – XTRA

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Nov 2019

‘Drama’ Lagu Terbaik Minggu Pertama Muzik-Muzik 34 Separuh Akhir!

Lagu apakah yang akan menjadi lagu terbaik bagi SFMM34 minggu kedua? Jangan lupa saksikan!

Trending Fri, 14 Jan 2022

“Bukan Kontroversi Jadi Ukuran” – Penerbit & Pengarah Muda Selesa Jalin Kerjasama Dengan Alicia Amin

Biarpun pernah terpalit dengan beberapa kontroversi, nama pelakon Alicia Amin semakin mendapat perhatian ramai. Walaupun bersikap lantang dan terbuka, Alicia tetap disenangi ramai kerana sikapnya yang mudah didekati dan komitmen kerja yang diberikan. Penerbit dan […]

Trending Tue, 11 Dec 2018

Lelaki Disahkan Meninggal, Tetapi ‘Bangun’ Semula

Keluarga Terkejut, Lelaki Disahkan Meninggal, Tetapi ‘Bangun’ Semula Saat Mahu Dikebumikan

Featured Fri, 3 Sep 2021
Featured Wed, 16 Mar 2022