[VIDEO] Dicekik & Dihempas Ke Lantai, Kekasih Dedah ‘Dibelasah’ Pemain Bola Sepak Tempatan

Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan didakwa memukul kekasihnya sehingga mendatangkan kecederaan selepas dikatakan bergaduh, baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, menurut sumber, pemain yang masih berkhidmat di sebuah pasukan tempatan itu sering memperlakukan perbuatan tersebut sehingga kekasihnya terpaksa mendedahkan kepada umum.

Lebih mengejutkan, dek kerana tindakan pemain tersebut, kekasihnya mengalami lebam di tangan dan kesan calar sebelum mendapatkan rawatan di sebuah klinik.

“Memang ada pergaduhan antara mereka namun saya tidak mengetahui lebih lanjut. Saya dimaklumkan, pemain terbabit sering ‘naik tangan’ apabila tidak berpuas hati dengan kekasihnya itu.

“Setakat ini, wanita itu mendakwa sudah membuat sebarang laporan polis berkaitan tindakan pemain bola sepak itu,” dakwanya.

Dalam pendedahan berlainan, kekasihnya yang dikenali sebagai Dr Hana Rose tampil memperjelas keadaan sebenar dengan menyatakan bukti-bukti di Instagram (IG) miliknya.

“Assaulted with di man I love.

“Dulu berjanji untuk setia selamanya hingga tua. Tapi akhirnya…terkadang wanita bule jadi budu dengan yang dia sayang, berdiam dan bertahan.

“Sekarang saya phobia dan trauma,” dedahnya.

Pendedahan tersebut turut menunjukkan kesan-kesan kecederaan yang dialaminya.

Dalam pada itu, wanita berkenan turut menunjukkan sebahagian laporan polis yang dibuatnya di ruangan InstaStory (IG).

Berdasarkan laporan polis tersebut, dia mendakwa telah dikasari oleh kekasihnya itu dengan memukul, mencekik, menggigit lengan dan mencampak badan ke lantai.

Khairil Khusyairi