[VIDEO] Didakwa Bercinta Dengan Shuib Kerana Kekayaan, Netizen ‘Backup’ Watie Hanifiah – “Dia Pun Ada Bisnes Sendiri”

Kekasih hati pelawak sensasi, Shuib iaitu wanita bernama Watie Hanifiah sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas memuat naik sebuah video di Instagram miliknya.

Video tersebut memaparkan Watie sedang berada di dalam kereta sambil menyanyikan lagu Lelaki Idaman nyanyian asal penyanyi popular Indonesia, Melly Goeslaw.

“Cuba tag siapa lelaki idaman saya… Eh salah, cuba tag siapa lelaki idaman korang?” tulisnya di ruangan kapsyen.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, segelintir netizen memetik nama Shuib di ruangan komen tersebut, namun begitu rata-rata mereka berpendapat bahawa Watie hanya menyukaui bapa anak empat itu hanya kerana kekayaannya saja.

“Shuib time kaya,” tulis netizen.

“Shuib kaya boleh la cuba time dulu-dulu mana maunya,” kata netizen lain.

Dalam pada itu, ramai yang tampil menyokong Watie dan menepis dakwaan tersebut dengan membalas komen-komen mulut celupar itu.

Menurut netizen, Watie tidak memerlukan seorang figura lelaki yang kaya raya kerana dia juga merupakan seorang usahawan berjaya.

“Dia lagi kaya dari Shuib la. Dia pun ada bisnes sendiri. Tak perlu nak bitter sangat,” bidas seorang netizen.

Bagaimanapun, Watie dilihat langsung tidak mengendahkan komen-komen tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Rakam Gelagat Shuib Bawa Anak-Anak Main Salji Bersama Watie… Siap Kongsi Air Minuman, Sweetnya!

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Terharu Lihat Keakrabakan Mama Shuib & Watie Hanifiah – “Wow, Dah Ada Panggilan Manja…”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Melentik.. Tak Sakit Pinggang Ke?” – Netizen Kritik Di TikTok, Watie Dedah Rupa-Rupanya…

Aqilah Paharuzi