[VIDEO] Didakwa Kutuk Anna Jobling, Amir Ahnaf ‘Sound’ Budak Perempuan Semasa Buat Live! – “Dah Besar Nak Jadi Apa? Jadi Orang B*doh?”

Pelakon Amir Ahnaf dilihat berang dengan tindakan seorang individu yang meninggalkan komen biadap semasa siaran langsung di TikTok.

Menerusi perkongsian di TikTok @jaeminloveme, Amir seakan memberi amaran dan menggelarkan individu itu berperangai bodoh gara-gara komen yang ditinggalkan.

“Berlakon dengan…apa yang kurang ajar sangat tu? Ha geng, tolong ceramah sikit dia. Perangai apa ni? Masuk live aku kau nak…kau jangan…jumpa depan-depan kang…apa yang kurang ajar sangat?

“Kalau jumpa depan-depan ni, aku dah sound dah ni. Macam bodoh perangai. Report-report,” katanya tidak puas hati.

Tidak berdiam diri, Amir cuba mengenalpasti pengguna TikTok itu dan dipercayai dia merupakan seorang budak perempuan yang masih bawah umur.

“Awak jangan bagi saya jumpa awak depan-depan eh, kalau dah kecil macam ni dah besar nak jadi apa? Jadi orang bodoh? Dah lah ciao lah,” ujarnya dan menghentikan siaran langsung tersebut.

Meninjau di ruangan komen, timbul tanda tanya netizen mengenai komen yang ditinggalkan individu berkenaan sehingga membuatkan Amir marah.

Dipercayai, komen yang dikatakan adalah tentang pelakon gandingannya dalam sebuah drama iaitu Anna Jobling.

“Someone cakap ‘Berlakon dengan Anna Juling ke’,” balas salah seorang netizen.

Maya Basir