[VIDEO] Didakwa Sengaja Sebar Fitnah Berkaitan Isu Emilia Hanafi, SM Faisal Saman Caprice & Tuntut 5 Ganti Rugi

Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal memfailkan saman terhadap penyanyi rap, Caprice susulan sebuah hantaran selebriti tersebut yang berbaur fitnah berhubung kes ahli perniagaan itu dan bekas isterinya, Emilia Hanafi.

Memetik laporan Harian Metro, SM Faisal membuat tindakan berkenaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 15 Ogos lalu.

Menerusi pernyataan tuntutan, pada 27 Jun lalu, SM Faisal mendakwa Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memerintahkan Emilia menjalani hukuman penjara selama tujuh hari, selepas didapati gagal mematuhi perintah pengkomitan mahkamah.

Dakwa SM Faisal, isu antaran mereka disyaki sengaja dimanipulasi oleh Emilia atau pihak yang berniat jahat melalui media sosial tanpa sebarang rujukan dan klarifikasi daripada pihaknya atau Mahkamah.

Pada 28 Jun, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memuat naik sebuah video di Instagram miliknya yang disyaki memburukkan SM Faisal atau Mahkamah Syariah.n.

ā€œHantaran memfitnah itu mendapat publisiti meluas kerana defendan mempunyai lebih kurang 1.5 juta pengikut di Instagramnya dan hantaran tersebut dilihat atau disukai kira-kira 14,500 orang,ā€ ujar SM Faisal.

Jelas SM Faisal, hantaran tersebut memberi maksud lain yang seakan mencerminkan dirinya sebagai lelaki kejam, didakwa sembarangan mahu memenjarakan bekas isteri, tidak bertimbang rasa dan bertindak agresif terhadap kaum wanita atau kanak-kanak.

Tindakan Caprice itu bukan sahaja menyebabkan SM Faisal dikecam netizen, malah turut tertekan dari segi emosi.

Ekoran itu, SM Faisal turut menghantar surat tuntutan bertarikh 7 Julai lalu yang memerintahkan Caprice untuk memadam hantaran serta memohon maaf kepadanya, namun difahamkan Caprice tidak membuat perkara demikian.

Caprice turut diperintah untuk tidak menganggu dan mengugut seluruh keluarga SM Faisal termasuk dirinya sama ada secara lisan atau di media sosial.

Dalam masa sama, SM Faisal menuntut lima ganti rugi iaitu ganti rugi am, punitif, teladan, teruk dan kos.

Pengurusan kes saman fitnah antara SM Faisal dan Caprice akan bersambung pada 14 Oktober ini di hadapan Hakim Mahkamah Sesyan Idah Ismail.

Sumber: Harian Metro

Aqilah Paharuzi