[VIDEO] Dikritik Terlalu Menunjuk Kebahagiaan Selepas Berkahwin, Dai Syed Sarkastik Bidas Komen Netizen

Pendakwah selebriti, Dai Syed dan isteri tercintanya, Hana Ismail sering menjadi tumpuan selepas pasangan ini sering berkongi momen-momen indah mereka semenjak menjadi suami isteri.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, video terbaharu yang dimuat naik oleh Dai Seyd memaparkan dia dan isterinya sedang berjalan sambil berpegangan tangan telah dibanjiri dengan kritikan netizen.

Rata-rata netizen seakan meluahkan rasa meluat dan meminta Dai Syed untuk mengurangkan berkongsi hantaran menunjukkan kemesraan mereka di media sosial.

Menerusi ruangan komen, Dai Syed dilihat tidak berdiam diri dan membalas segelintir komen-komen tersebut dalam bentuk sarkastik.

“Sikit-sikit dah la, kang terkena penyakit ain pula…” tulis seorang netizen.

“Ain yang mana kak?” balas Dai Syed.

Dalam pada itu, ada seorang netizen yang menyarankan pasangan ini untuk memakai telekung yang mempunyai dua kepala.

“Lepas ni telekung buat dua kepala, boleh masuk sama-sama,” kata individu berkenaan.

“Itulah tu dalam cadangan,” bidas Dai Syed.

Sementara itu, segelintir netizen meminta Dai Syed dan isteri untuk tidak terlalu menunjuk kebahagiaan mereka dalam perkahwinan dan memohon pasangan ini untuk mencontohi pasangan selebiriti Bella Astilah dan Alif Aziz atas ujian sihir yang telah menimpa mereka.

Untuk info, Dai Syed dan Hana selamat bernikah pada 3 December lalu.

Aqilah Paharuzi