Featured By: Aqilah Paharuzi December 14, 2022 @ 6:18pm

[VIDEO] Disoal Mengenai Isu Sekufu Dalam Perkahwinan, Ini Respons Najwa Latif & Akwa Arifin

Umum sedia maklum, penyanyi Najwa Latif sudah genap sebulan menjadi isteri kepada rakan duetnya, Akwa Arifin.

Susulan itu, pasangan sejoli ini sering meraih perhatian ramai yang gemar melihat gelagat romantis mereka bersama di media sosial.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, pelantun lagu popular Cinta Muka Buku menjawab persoalan pengikutnya menerusi pautan ‘Ask Me A Question’ di Instagram berhubung isu sekufu dalam perkahwinan.

“Sekufu penting tak Wa lepas kahwin ni?” soal individu berkenaan.

“Pada saya, ya penting,” jawab Najwa.

Soalan tersebut turut disoal kepada suaminya, Akwa mengenai pandangannya terhadap sekufu selepas berkahwin.

“Sebelum ni saya ingat sekufu tu macam setaraf dari segi kekayaan dan kemewahan, tapi apabila dah meningkat dewasa ni saya fikir sekufu tu macam dari segi pemikiran dan persekitaran. Jadi, pada saya sekufu ni penting,” ujarnya.

Sekadar info, pasangan ini selamat mendirikan rumah tangga pada 11 November lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 23 Apr 2020
Hiburan Fri, 8 Feb 2019

Ibu Sheila Mambo Meninggal Dunia, Al- Fatihah…

Pelakon berusia 56 tahun ini turut memohon agar Allah SWT menempatkan roh ibunya bersama golongan para syuhadah.

Eat Travel Wed, 12 Dec 2018

Universal & Six Flags Mungkin Akan Ambil Alih Projek Terbengkalai Taman Tema Genting Highland

Six Flags merupakan syarikat taman tema dari Amerika Syarikat dan merupakan syarikat taman tema terbesar di dunia.

Trending Mon, 16 Nov 2020
Featured Mon, 10 Apr 2023