Featured By: Atiqah Johari September 30, 2022 @ 9:38pm

[VIDEO] Dituduh Tak Mahir Buat Kerja Dapur, Tya Ariffin Tampil Balas Komen Netizen

Baru-baru ini, pelakon dan usahawan, Tya Ariffin memuat naik sebuah video di platform TikTok yang memperlihatkan dirinya sedang membungkus lauk.

Menerusi video tersebut, Tya dilabel tidak mahir melakukan kerja dapur gara-gara dia terjatuhkan lauk ketika sedang masukkannya dalam plastik bungkusan.

“Macam tak pernah buat kerja dapur je… nak masukkan lauk ke dalam plastik pun jatuh terkeluar,” komen warganet.

@tyaarifinnw Jangan buang makanan okay? ❤️ #tyaarifin #jamumutyara #viral #fyp ♬ Janam Janam (From “Dilwale”) – Pritam & Arijit Singh & Antara Mitra

Ekoran komen-komen yang menganggapnya tidak pandai membuat kerja dapur, Tya tampil memuat naik video perkongsian yang memaparkan dirinya sedang menyediakan bahan-bahan untuk memanggang daging.

Di ruangan kapsyen video tersebut, Tya sempat meninggalkan ayat yang menyatakan adakah yang ingin memintanya untuk buat pra-tempahan daging perapnya itu.

“Ke nak Tya buka pre-order pula ni,” tulisnya.

“Ada yang cakap Tya tak masuk dapur, berlakon je masak kerana bungkus makanan pun jatuh.

“Haa ni masa Tya jemput kawan-kawan bbq, semua masak sendiri okay,” katanya.

Jelasnya, daging yang diperap itu juga adalah resipinya sendiri.

“Daging perap tu semua sendiri punya resipi,” ujarnya lagi.

@tyaarifinnw Ke nak tya buka preoder pula ni 🤣 #tyaarifin #jamumutyara #viral #fyp ♬ Tentang Siang, Malam Dan Romantis – Airm

Menjengah diruangan komen, rata-rata warganet menyatakan bahawa Tya sememangnya seorang yang pandai memasak dan seringkali dilihat memasak untuk keluarganya.

Bukan itu sahaja, ada yang menyatakan daging perap yang dimasak Tya itu merupakan makanan kegemaran mentuanya iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza dan Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 28 Feb 2021
Featured Wed, 1 Jun 2022

“Hari-Hari Tanya ‘New Papa’…” – Lufya Akui Masih Belum Terbuka Hati

Tak kisahlah single ke ada pasangan ke asalkan hidup bahagia je kan 😊

Featured Mon, 11 Oct 2021
Featured Wed, 30 Nov 2022
Hiburan Sat, 9 Nov 2019

Nadia Brian Kini Sah Isteri Kepada Muizz!

Tahniah Nadia Brian dan Muizz!

LIFESTYLE Fri, 23 Feb 2018

THE WHISPERING CINEMA: A NEW MOVIE WATCHING EXPERIENCE

The Whispering Cinema is the first ever programme created by Think.Web in order to create awareness on blindness.

Trending Tue, 28 Apr 2020
Hiburan Sat, 24 Aug 2019