Featured By: Aqilah Paharuzi July 20, 2022 @ 5:08pm

[VIDEO] “Ego & Sombong Diri!” – Netizen Berang Pesara TLDM Tampar Kepala Jemaah Lain Gara-Gara Salam Tak Pandang Muka

Heboh di ruangan media sosial mengenai sebuah video yang tular memaparkan seorang lelaki bertindak menampar kepala jemaah lain kerana didakwa bersikap kurang ajar. 

Video yang berdurasi 37 saat itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang menganggap tindakan individu tersebut sangat tidak wajar. 

Memetik laporan Harian Metro, individu tersebut merupakan seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berumur 46 tahun bertindak menampar mangsa yang juga anggota TLDM kerana tidak memandang wajahnya semasa bersalaman. 

Kejadian tersebut berlaku di Masjid An-Nur TLDM Lumut, Perak selepas selesai solat Asar pada 5.10 petang. 

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata mangsa mengalami cedera di bahagian belakang kepala dan telinga. 

“Selepas selesai solat, mangsa bersalaman dengan suspek yang tidak dikenali sebelum suspek tiba-tiba menampar belakang kepala mangsa dengan kuat hingga terkena telinga kanannya,” ujarnya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@tontonmy)

Tinjauan di ruangan komen hantaran video tular di Facebook mendapati ramai dalam kalangan netizen meluahkan perasaan amarah mereka terhadap sikap panas baran pesara TLDM tersebut. 

Rata-rata daripada mereka berkata pesara berkenaan seakan tidak menghormati Masjid kerana bersikap seperti orang ‘tiada’ agama akibat perkara remeh itu. 

Ada juga dalam kalangan mereka yang berkata apa yang dilakukan oleh mangsa itu adalah perkara normal dan berkemungkinan mangsa sendiri tidak perasan mengenai hal itu.

 

Bagaimanapun, Nor Omar memohon agar isu ini tidak berlanjutan kerana mangsa telah menarik laporan polis dan kes dianggap sudah selesai. 

“Mangsa dalam kes ini kemudiannya tidak mahu meneruskan siasatan dan sudah menarik semula laporan polis yang dibuat. Kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA). 

“Susulan itu, polis menyeru dan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan tidak menular video berkenaan kerana kes itu sudah selesai,” katanya. 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Jul 2018

Kenapa Hanya 2 Ulas Durian Untuk Setiap Hidangan

Kenapa hanya 2 ulas durian untuk setiap hidangan . Perlu elakkan pengambilan yang berlebihan

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

EXO vs. BTS: FIFA World Cup 2018 Battle a Draw

The conclusion is…neither won nor lost.

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

Joe Jackson Meninggal Dunia

Wakil keluarga Jackson iaitu Carlos Reyes memberitahu Joe meninggal dunia disebabkan penyakit kanser pankreas pada tahap akhir.

Featured Sun, 17 Nov 2019
Hiburan Mon, 7 Jan 2019

’Lama Jomblo Untuk Dapat Wanita Begini’- Baim Wong Minta Lelaki Bujang Di Luar Sana Lebih Bersabar

Aduh, sweet betul pasangan sejoli ni tau! Semoga cepat dapat momongan. Insha Allah…

Featured Mon, 5 Apr 2021

Majlis Dihadiri Kaum Keluarga, Uqasha Senrose & Kamal Adli Selamat Bertunang

Setelah hampir 3 tahun menjalinkan hubungan, pasangan pelakon Uqasha Senrose & Kamal Adli selamat melangsungkan pertunangan di sebuah hotel di ibu kota petang Ahad. Menurut sumber, majlis tersebut hanya dihadiri ahli keluarga terdekat pasangan itu.

| Live TV