Events By: Atiqah Johari August 20, 2022 @ 3:56pm

[VIDEO] Gaun Ala Berkemban Terlondeh, Pereka Ezuwan Ismail Akui Tidak Perasan – “Mujurlah Model Orang Putih”

Acara tahunan Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) semalam menampilkan rekaan pakaian daripada pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail.

Sehubungan itu, pereka fesyen, Ezuwan Ismail berkongsi sebuah momen yang membuatkannya terkejut ketika acara berlangsung melalui akaun Instagramnya.

Menerusi sebuah video yang dikongsinya, dilihat dia berjalan di pentas sambil diapit oleh dua orang model lelaki dan wanita yang memperagakan busana rekaannya.

Tanpa disangka, gaun ala berkemban yang diperagakan oleh seorang model wanita itu terlondeh sehingga ke paras pinggang dan disaksikan oleh penonton.

Menurut Ezuwan, dia berasa lega kerana model tersebut memakai pakaian yang menutup bahagian atas model tersebut.

“Mujurlah ada top kat atas, kalau taka da top semata-mata ‘bottom @ skirt’ tu uishh… bukan setakat naya pak karim… wei… naya abe ezuwan wei… haa sudah…,” luahnya di ruangan kapsyen.

Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana busana tersebut dipakai oleh model wanita Inggeris bukannya model Melayu.

“Mujurlah model orang putih… kalaulah model kita (Melayu)… adoii tak dapat bayangkan, tak maulah jadi cerita bukan-bukan…” ujarnya.

Dalam pada itu, Ezuwan turut menyatakan bahawa perancangan yang dibuat tidak semestinya menjadi dengan sempurna namun dia bersyukur kerana busananya berkonsepkan tutup seluruh badan.

“Kadang tak semua benda yang dirancang tu sempurna… tapi redha je la benda nak jadi kan… nasib baik aku buat baju konsep ala-ala tutup satu badan bungkus!

“Kalau tak… tak ke nampak tuttttt hahahaha, aku pulak boleh pulak tak perasan time tu sebab duk berangan melambai ala-ala miss universe baru lepas crowning. Sabar je laaa,” kongsi Ezuwan.

Meninjau diruangan komen perkongsian, rata-rata wargamaya berasa lucu melihat video tersebut dan kagum dengan sikap profesional model wanita itu.

             

Untuk info, KLFW 2022 merupakan sebuah acara tahunan yang meraikan pereka-pereka fesyen tempatan mempamerkan busana-busana rekaan mereka. Acara ini telah bermula pada 17 Ogos hingga 21 Ogos 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Jun 2023

Luah Rasa Rindu, Ismail Izzani Tayang Teman Wanita?

Wahh siapa teman wanita Mael tu?

Hiburan Fri, 25 May 2018

Sherry Ibrahim Diuji Lagi

Kotak selebihnya semua berada dalam keadaan basah. Jumlah kerugian adalah sebanyak RM35,000 (membabitkan 312 helai tudung)

Hiburan Fri, 13 Oct 2023
Featured Wed, 10 Jan 2024
LIFESTYLE Thu, 13 Dec 2018

Kenali ‘Roda Warna’ Agar Kamu Tak Runsing Ke Tempat Kerja

Beranikan diri untuk padankan shawl bewarna hijau dan top kuning yang bakal menimbulkan gaya feminin.

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

BERJUBAH, IMEJ BARU ZUL ARIFFIN

Gambar yang baru sahaja dimuat naik itu telah mendapat 104,642 likes dan ribuan komen dari peminat-peminat beliau yang  mencapai purata 1.8 juta followers