Featured By: Khairil Khusyairi February 15, 2023 @ 8:53pm

[VIDEO] Gelagat Aafiyah ‘Take Over’ Baca Surah Buat Ramai Kagum, Pendakwah Doa Harap Jadi Qariah – “Moga Jadi Kebanggaan Ibu Ayah”

Anak sulung kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah sekali lagi mencuri tumpuan warganet apabila membaca potongan Surah ‘Abasa dengan lancar.

Menerusi perkongsian di Instagram, Siti Nurhaliza memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan puteri sulungnya itu menghafaz potongan ayat al-Quran tersebut dengan fasih.

“Semalam sambil kemas bilik office, sambil nyanyi lagu dan buka mikrofon, ingat nak karaoke dua atau tiga lagu. Tak sempat ibu nak nyanyi, Aafiyah dah take over.

“Ibu saja suruh dia baca Surah ‘Abasa ayat 1 hingga 8..masih ingat tak?

“Alhamdulillah ingat lagi..hujung-hujung tu biasalah dah tak fokus,” tulis Siti di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Menjengah ke ruangan komen tersebut, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum apabila mendengar hafazan Aafiyah dalam membaca potongan surah tersebut.

Malah pendakwah, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman turut meninggalkan komen dengan mengharapkan Aafiyah dapat menjadi seorang Qariah yang berjaya suatu hari nanti.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian itu telah meraih lebih 166,000 tontonan dan hampir 11,000 tanda suka.

Sebelum ini, gelagat Aafiyah menyanyikan lagu tamil popular, Munbe Vaa nyanyian penyanyi dan komposer terkenal, AR Rahman turut mendapat perhatian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 5 Jun 2022
Trending Wed, 21 Nov 2018

Sindir Suami Di Instagram Sehingga Didakwa Kurang Ajar, Datin Alyah Akui Hilang Sabar!

Alyah akui pura-pura bahagia, minta netizen jadi isteri Ramli MS sehari.

Hiburan Tue, 19 Feb 2019
Hiburan Mon, 29 Apr 2019

Tak Sia-Sia Jadi ‘Ustaz Adam’, Shuk Sahar Bawa Pulang RM 100,000!

Tahniah Shuk, memang kelakar habis malam tadi!

Hiburan Thu, 27 Sep 2018

‘Bagi Saya Dia Tak Tua’, Shima Anuar Balas Soalan Netizen Tentang Suami

Dia sudah 50 tahun tapi itu bukan sesuatu perkara besar bagi saya. Apa yang penting tua-tua pun dia boleh bagi saya zuriat.

Trending Fri, 18 Jun 2021

“Ada Yang Kutuk Muka Saya Macam Tapak Kaki Jimin BTS” – ‘Oppa Malay’ Meer Nash Bersedia Terima Kecaman

Penyanyi Meer Nash bersedia untuk menerima kecaman apabila muncul dengan single baru berjudul Saranghae yang mempunyai elemen muzik K-Pop. Pernah menerima gelaran Oppa Malay ketika menyertai program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim

Trending Sat, 13 Feb 2021

Kongsi Foto Ala Pre-Wedding, Uqasha Senrose Bakal Nikah Tak Lama Lagi?

Perkongsian terbaru pelakon Uqasha Senrose menerusi hantaran terbaru di laman Instagram miliknya mendapat perhatian ramai. Uqasha memuat naik foto dirinya menyarungkan busana pengantin serba putih yang kelihatan klasik, mewah dan evergreen rekaan pereka fesyen terkenal,

| Live TV