[VIDEO] Gelagat Anak Achey Curi Perhatian! Siap Pakai Tudung Ikut Tunai Solat Jumaat – “Bapaknya Dah Boleh Pencen, Dah Ada Pelapis!”

Selepas mencuri perhatian gara-gara rambut tersekat di tiang gol, anak kepada pelawak dan penyanyi Achey sekali lagi meraih tumpuan.

Menerusi perkongsian di TikTok, Achey atau nama penuhnya, Nasir Hamzah, 36, sempat merakamkan gelagat anaknya, Nur Tiara Zinnirah, 5, yang kerap mengikutnya ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.

Malah, melihat reaksi Tiara itu membuatkan warganet terhibur apatah lagi ramai yang boleh ‘relate’ dengan situasi berkenaan.

“Ayah okay je nak, okay je,” katanya.

Lebih mencuit hati, gelagat Tiara memakai tudung bawal dengan awning terletak kemas serta mempamerkan muka selamba ketika diusik oleh ayahnya membuatkan rata-rata dalam kalangan pengikut di platform berkenaan mengakui anak kecil itu memiliki bakat melawak sama seperti Achey.

 

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 15 saat itu telahpun meraih lebih dua juta tontonan dengan menerima lebih 100,000 tanda suka sejak ia dimuat naik Isnin.Selepas mencuri perhatian gara-gara rambut tersekat di tiang gol, anak kepada pelawak dan penyanyi Achey sekali lagi meraih tumpuan.

Menerusi perkongsian di TikTok, Achey atau nama penuhnya, Nasir Hamzah, 36, sempat merakamkan gelagat anaknya, Nur Tiara Zinnirah, 5, yang kerap mengikutnya ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.

Malah, melihat reaksi Tiara itu membuatkan warganet terhibur apatah lagi ramai yang boleh ‘relate’ dengan situasi berkenaan.

“Ayah okay je nak, okay je,” katanya.

Lebih mencuit hati, gelagat Tiara memakai tudung bawal dengan awning terletak kemas serta mempamerkan muka selamba ketika diusik oleh ayahnya membuatkan rata-rata dalam kalangan pengikut di platform berkenaan mengakui anak kecil itu memiliki bakat melawak sama seperti Achey.

 

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 15 saat itu telahpun meraih lebih dua juta tontonan dengan menerima lebih 100,000 tanda suka sejak ia dimuat naik Isnin.

Salma Syahbuddin