[VIDEO] Gelagat Johan & Ozlynn Buat Trend TikTok Gaduh Minta Maaf, Bikin Netizen Berdekah

Tular sebuah video yang dikongsi oleh pelawak dan penyampai radio Johan bersama isterinya, Ozlynn Wati membuat ‘trend’ TikTok.

Video tersebut telah dimuat naik menerusi akaun Instagram milik mereka berdua.

Menerusi video tersebut, ‘trend’ TikTok yang dilakukan oleh Johan dan Ozlynn memnyuruh mereka untuk meminta maaf sesama sendiri saambil bergaduh.

Tetapi apabila ‘trend’ tersebut dibuat oleh pasangan ini, ia menjadi lebih kelakar.

“Siapa kalau gaduh laki bini macamni? Tunggu siapa nak minta maaf dulu. Pastu siap tuduh siapa yang salah dia yang kena minta maaf dulu. Pastu bila salah sorang minta maaf dulu. Pastu bila salah sorang mintak maaf lagi sorang macam buat hal siap mengada-ngada. Macam nbak suruh pujuk lagi sambil gaduh balik sampai lah abang Jamil kom mampos pun tak baik-baik,” tulis Ozlynn di kapsyen.

Hantaran tersebut telah mencuri perhatian netizen yang rata-rata terhibur melihat gelagat mereka dan tidak kurang juga yang menyokong dengan situasi yang ditunjukkan.

“Macam nak boh penampaq ja. Geram pulak aku tengok

“Tak, sekarang ni masih berterusan lagi ke?

“Bini tak pernah salah. Buat apa mintak maaf

“Eh Dua ekor ni geram aku, cubit kang sekor sekor,” tulis netizen di ruangan komen.

Izzi Farhana