[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza & Izara Aishah Buat Trend Memek Muka Raih Perhatian – “Sedih Pun Lawa Masalahnya!”

Sudah lama tidak mengikuti trend di TikTok, penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza muncul dengan memuat naik sebuah perkongsian sehingga berjaya meraih tumpuan ramai, baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Siti sedang mengikuti trend dengan menggunakan ‘filter’ sedih bersama-sama dengan menantunya, pelakon Izara Aishah.

Walaubagaimanapun apa yang mencuri perhatian ramai adalah kecantikan mereka berdua yang menggunakan filter memek muka sedih namun raut wajah mereka masih kelihatan baik-baik sahaja.

@toktitiktokNape sedih sedih ni? Hahaha♬ suara asli – Titomunandar

“Nape sedih-sedih ni? Hahaha,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat Siti yang membuat trend ini dan turut memuji kecantikannya dan Izara tersebut.

“Aku kalau orang lain tak kisah sangat, ini Tokti yang buat jadi lain maciam hahaha.

“Entahlah nok muka sedih pun nampak cantik.

“Sedih pun semua lawa-lawa masalahnya.

“Tak tahu nak sedih ke nak gelak, alahai Tokti hahaha.

“Senyuman Tokti tu patahkan filter sedih tu, tetap aku terikut senyum,” komen netizen

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 716,000 tontonan, 61,000 tanda suka dan lebih 461 komen.

Dharnieya Nur Amelsa