[VIDEO] Gemar Tegur Peminat, Sikap Peramah Fazura & Fattah Amin Dipuji Netizen- “Macam Vibes Menteri Wanita…”

Tular sebuah video yang dimuat naik peminat di media sosial apabila pelakon cantik Nur Fazura yang tidak berat mulut untuk menegur dan beramah mesra dengan peminat di sebuah pusat membeli belah.

@fazura.klstokis Replying to @Mamalina ♬ original sound – Fazura official shop 💖

Menerusi video tersebut, Fazura yang sedang menaiki eskalator mengucapkan Selamat Hari Raya kepada peminat yang menegurnya.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian ialah kelibat suaminya, pelakon lelaki terkenal, Fattah Amin yang berada disamping Fazura kelihatan malu-malu.

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen kerana gemar melihat sikap dan personaliti yang ditonjolkan oleh Fazura dan ada yang mengusik sifat pemalu Fattah.

“Fazura peramah, Fattah pemalu.. Ha gitulah kejadiannya.

“Aku pun terangguk-angguk macam dia yang bercakap dengan aku.

“Fazura ni peramah sampai suami dia malu,” komen netizen.

Netizen juga turut menulis komen bahawa personaliti yang ditonjolkan oleh Fazura persis seorang menteri yang sedang melawat kawasan.

Sikap ramah Fazura ini juga sebenarnya kerap kali dirakam oleh netizen, lebih-lebih lagi apabila dia banyak mendapat jemputan acara sempena Ramadan dan perlu bertemu dengan peminatnya.

@fazura.klstokis MasyaAllah happy betul adik2 jumpa @Fazura ♬ Ya Rabb يارب – Muhajir Lamkaruna

Izzi Farhana