Hiburan By: Khairil Khusyairi October 16, 2022 @ 2:45pm

[VIDEO] “Hebatnya Tokti” – Siti Nurhaliza Buat Latihan Muay Thai Curi Tumpuan Peminat

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan peminat apabila dilihat sedang membuat latihan Muay Thai.

Menerusi hantaran di Instagram peribadinya, Siti memuat naik rakaman video yang memaparkan dirinya sedang berlatih Muay Thai bersama jurulatih.

Dalam video tersebut, aksi pelantun lagu Lebih Indah itu sangat lincah dan cergas membuat latihan dengan teknik pukulan dan tendangan.

“Dah lama saya tak buat latihan Muay Thai…separuh nyawa jadinya,” tulis Siti di ruangan kapsyen.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 600,000 tontonan dan lebih 30,000 tanda suka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa kagum melihat kehebatan penyanyi kesayangan ramai itu berlatih malah ada juga yang berseloroh membayangkan Siti memukul ‘haters’ dengan pukulan dan tendangan.

Sumber: Instagram ctdk

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 12 Feb 2021

Uyaina Arshad, Didie Alias & Mark Adam Hangatkan Program Realiti Nyanyian Keluarga, Famili Duo!

Program realiti nyanyian terbaru, Famili Duo bakal bersiaran selama lapan episod bermula Ahad, 14 Februari 2021 jam 9 malam di TV3 serta di www.tonton.com.my Famili Duo merupakan spin-off daripada program Family Singing Show di 8TV […]

Hiburan Sat, 14 Sep 2019

Airmata Gembira Iringi Pernikahan Rizman

Semoga kekal hingga ke Jannah!

Contest Wed, 9 Jan 2019

#xtra好康头 | 送你《诸事大吉颂Happy》贺岁专辑+红包封+Jasmine新阳香米

#xtra好康头 送你《诸事大吉颂Happy》贺岁专辑、红包封以及Jasmine新阳香米,伴你过个大肥年!

Trending Mon, 21 Oct 2019
Hiburan Fri, 4 May 2018

“I Lost Passion for Dancing…” Taemin Tells the Truth

SHINee’s Taemin is known as the dancing machine so this is heartbreaking to hear.

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

黄明志创造奇迹!吉隆坡站倒数跨年演唱会万人力挺门票完售

2020黄明志创造奇迹 「4896 FINAL CALL 吉隆坡站 倒数跨年演唱会」万人力挺门票完售圆满成功!

Hiburan Mon, 5 Feb 2018

PRIYANKA CHOPRA JADI BRIDESMAID?

Peminat filem Bollywood tentu kenal Priyanka Chopra kan?  Bintang Bollywood ini yang juga bekas Ratu Cantik Dunia 2000 khabarnya akan menemankan rakan baiknya, pelakon Meghan Markel, 37, sebagai pengiring pengantin pada majlis perkahwinan  Meghan dengan […]