[VIDEO] Ikonik! Mulan Jameela Nyanyi Rap Dalam Lagu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’ Buat Netizen Terpukau

Penyanyi popular Indonesia, Mulan Jameela menjadi bualan warganet apabila nyanyiannya di sebuah konsert tular di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang pengguna memuat naik rakaman yang memaparkan Mulan Jameela atau lebih mesra dikenali sebagai Mulan itu sedang membuat persembahan dengan mendendangkan lagu popularnya berjudul Makhluk Tuhan Paling Seksi.

Tampil dengan imej berhijab, penyanyi yang juga isteri kepada penyanyi dan komposer tersohor, Ahmad Dhani tersebut ternyata mencuri perhatian penonton dengan nyanyian yang memukau.

Lebih menarik, penonton turut mengagumi kebolehan Mulan dalam menyampaikan bahagian rap dalam lagu tersebut dengan sempurna sekali.

Biarpun kini berhijab penuh, Mulan ternyata memberi persembahan yang cukup bersemangat.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian video tersebut sohor di TikTok dengan meraih lebih 10 juta tontonan, 600,000 tanda suka dan lebih 5,800 komen.

Berdasarkan tinjauan XTRA di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja mereka apabila dapat menyaksikan persembahan Mulan.

Malah ada juga yang menyatakan kebolehan vokal Mulan tidak dapat ditandingi dan enak didengar.

 

Khairil Khusyairi