[VIDEO] Impian Fuad Rahman Timang Cahaya Mata Tak Kesampaian, Tom Keguguran Di Usia Kandungan 3 Minggu

Hasrat pasangan penyanyi, Fuah Rahman dan Tom untuk menimang cahaya mata tidak tercapai selepas mengalami keguguran.

Menerusi beberapa perkongsian di Instagram Stories (IGs), Tom memuat naik video memaparkan momen bahagia saat dia memaklumkan kehamilannya kepada suami tersayang, Fuad.

Dalam video tersebut, Fuad seakan tidak percaya bahawa isterinya hamil, namun Tom berkata dia tidak mahu anak lagi.

“Kenangan baru-baru ini… Fuad nampak happy sangat sebab dia memang nak anak. Dah lama dia tak ada anak lagi.

“Kali terakhir ada anak semasa 19 dan 17 tahun lepas. Tapi.. maybe sebab saya asyik cakap tak nak tak nak..” tulis Tom di video tersebut.

Berdasarkan IGs Tom atau naka sebenarnya Raja Farah Afzal Ikram turut memuat naik tangkapan skrin kandungannya telah tiada.

“Anak kami dah tiada. Saya minta maaf suamiku, Fuad Rahman. Keguguran semasa kandungan usia tiga minggu,” tulisnya sayu.

Sekadar info, Tom dan Fuad berkahwin pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.

Untuk rekod, Fuad mempunyai dua orang cahaya mata yang masing-masing berusia 17, dan 19 tahun menerusi perkahwinan pertama.

Manakala Tom pula pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiha kali dan hasil perkahwinan dikurniakan tiga anak.

Aqilah Paharuzi